Monday 30 July 2012

Tawaran Team Kartunis Halaqah Maya


Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

Hari ini awal-awal dah ana dicalonkan untuk memegang Team Kartunis Halaqah Maya. dan awal-awal juga ana tarik diri sebab ana dah masuk tahun akhir kat UMS-KAL. so perlu banyak fokus tambah lagi ana pegang program ke Thailand sem depan. Ana Mohon Maaf ana terpaksa tolak untuk kebaikan. Ana selesa menjadi ahli sepanjang masa :) InsyaALLAH


Karya Hari ini

Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .


"Kalau nak ALLAH ingat kita waktu susah, jangan kita lupa Dia waktu senang"

Sunday 29 July 2012

Amalan Sewaktu Mengandung

Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .




Surah Al-Quran yang elok diamalkan sewaktu mengandung.

SURAH AL-QURAN.

(1) Surah Al-Fatihah - Untuk terang hati & kuat ingatan.

(2) Surah Maryam - Untuk memudahkan ibu bersalin.

(3) Surah Yusuf - Untuk memperoleh anak yang cantik rupa & akhlak.

(4) Surah Luqman - Untuk memperoleh anak yang cerdik akal & jiwa.

(5) Surah Yasin - Untuk ketenangan hati & anak tidak mudah terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.

(6) Surah Toha - Semoga bayi lembut hati.

(7) Surah An-Nahl - Untuk memperoleh anak yang berdisiplin.

(8) Surah At-Taubah - Untuk membersih jiwa & terpelihara daripada maksiat.

(9) Surah Hujurat - Untuk memperbanyakkan susu ibu & anak bersifat hati-hati.

Jangan lupa untuk menjaga amalan yang wajib juga (solat 5 waktu!) dan sebaik-baiknya untuk cuba khatam Al-Quran walau sekali. 

Banyakkanlah membaca Al-Quran, berzikir dan berdoa memohon keselamatan sepanjang mengandung dan dipermudahkan bersalin. Insya Allah
~Wallahualam~
Wasalam

Saturday 28 July 2012

Hasil Kartun Ramadhan ku..


Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

Alhamdulillah hari ini berjaya menghasilkan kartun ana sendiri walaupun agak sukar sebab ana tak berapa pandai nak buat mata kartun tapi syukurlah berjaya.



‎(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) Bulan Ramadhan,bulan yang padanya diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk dan penjelasan-penjelasan mengenai petinjuk itu dan perbezaan (antara yang hak dan yang batil)..Kerana itu sesiapa antara kamu hadir (dinegeri tempat tinggalnya) pada bulan itu,maka hendaklah berpuasa pada bulan itu." 
(Surah Al-Baqarah :185)




Rasulullah s.a.w bersabda:
"Bukan dinamakan puasa bila hanya sekadar menahan makan dan minum,tetapi puasa yang sungguh-sungguh itu adalah menahan diri dari percakapan yang tidak ada gunanya dan kata-kata yang keji."
(Hadis menurut Sahih Muslim)


JOM BACA AL-QURAN

Kurangkan "FaceBook"
Banyakkan "Face al-Quran"

p/s : cartoon ni ana edit ckt drpd cartoon diatas....


Sekian, Terima Kasih
~Wassalam~

Thursday 26 July 2012

Karya Ramadhan Ku




Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

Alhamdulillah hari ini ana berkesempatan untuk berkarya lagi sempena Ramadhan. Karya ini khas untuk Lensa Halaqah dan sesiapa sahaja yang ingin menyebarkannya. Ini salah satu tanggungjawab yang ana terima dari yang merupakan salah satu dari Team Kartunis Halaqah Maya yang nak ana hasilkan wallpaper Ramadhan sempena bulan yang mulia in. Dan ana terima seadanya tangungjawab yang diberi. Dibawah adalah antara hasil yang ana cuba buat yang masih serba kekurangan. Semoga bermanfaat untuk semua.

Wallahualam..
~Wasalam~


Gambar asal ana ambil dari In-Spirasi Salam

Gambar asal ana ambil dari In-Spirasi Salam

Cartoon yang ana buat sendiri, ini antara hasil percubaan pertama ana nak buat  cartoon
Cartoon yang ana cuba untuk hasilkan lebih baik dari sebelum.

Cartoon ini ana amat berpuasa hati Alhamdulillah menjadi

Wednesday 25 July 2012

Islam Agama Pertengahan


Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .





Perbualan hari ini bermula dengan kesugulan dan keraguan. Penuh penyesalan yang tidak keruan.

"Aji, aku nak cakap sikitla", bisik sang teman nada keluhan.

"Kenapa? Ceritala kat aku. Meh cite meh..." balas saya cuba menenangkan keadaan.

"Aku rasa tak bersemangat la nak bawak dakwah ni... perangai aku tak elok, percakapan aku selalu menyakitkan hati orang..."

"Perangai tak elok? Yeke? Apa yang percakapan ko yang menyakitkan hati orang?" terkejut mendengar aduan begitu keluar dari mulut sang adam yang sopan dan lembut orangnya...

"Tak tahulah... sedar-sedar esoknya dah tak nak kawan aku dah. Tak nak cakap dengan aku dah..."

"Aik? Perempuan ke? Terlebih sensitive kot...???" cuba meneka dan menembak sahaja.

"Tak... Lelaki..." ada riak kecewa dan sedih di kerut wajahnya. Saya faham benar perasaan dan jiwanya, tak sanggup memalukan dakwah dengan kekurangan dan kekhilafannya. Tidak mahu memalukan Islam dengan ketidaksempurnaan dirinya. Tetapi dia terlalu rapuh untuk itu.

Namun di suatu sisi lain kehidupan seharian...

"Apa yang mereka ingin aku ubahkan? Apa yang ingin mereka tegurkan? Mereka tidak tahu cara nabi dan sahabat bukan hanya dengan kelembutan. Setiap insan punya kegemaran, kalau tidak gemar dengan cara aku janganlah dengar apa yang aku cakapkan. Pergilah cari insan dakwah yang penuh kelembutan! Aku begini dengan matlamat dan tujuan, bukan sengaja berdondang sayang meminta pujian!" tegas seorang teman penuh keyakinan.

"Bukan suruh jadi lembut dan tak kena cara, cuma jangan biar objek dakwah lari dari Islam kerana kekurangan dan kesilapan kita, itu sahaja..." nasihat saya buat orang agama.

Manusia ibarat pasir.

Boleh dijadikan sekeras dan setajam kaca.

Boleh juga dijadikan selembut dan se'gemalai' tanah liat.

Umat Islam umat pertengahan.

Kita Bukan Ekstrimis

Monday 23 July 2012

Kelebihan Bersedekah Di Bulan Puasa



Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:" Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan.”

Riwayat at- Tirmidzi

Huraian
Pengajaran Hadis:

i) Setiap umat Islam seharusnya berlumba-lumba untuk melakukan kebajikan di bulan Ramadhan tanpa memikirkan sebarang kerugian seperti membanyakkan bersedekah kerana balasan di atas setiap satu kebajikan itu adalah amat besar di sisi Allah di hari akhirat kelak.

ii) Bersedekah bukan hanya memberikan wang, tetapi termasuk di dalamnya mengajak berbuka puasa kepada fakir miskin dan orang-orang yang berpuasa.

iii) Konsep "memberi" (bersedekah) harus diterapkan secara maksimum bukan sahaja selama Ramadhan bahkan di bulan-bulan lain juga kerana selalu bersedekah akan memberikan pengaruh yang baik pada peribadi dan masyarakat umumnya di mana seseorang itu akan dapat menghakis sifat kedekut dalam dirinya di samping mempereratkan lagi ikatan kemesraan di dalam anggota masyarakat tanpa mengira taraf dan kedudukan seseorang itu.

iv) Sedekah yang diterima dan bernilai di sisi Allah adalah sedekah yang ikhlas, bukanlah untuk menunjuk-nunjuk.

Wallahualam

Sunday 22 July 2012

Dosa - Dosa Yang Tak Di Sedari



Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

Terima kasih Tuhan, kerana dengan rahmatMu banyak peringatan-peringatan yang Kau beri untuk dapat kami membaiki diri kami. Kami rasa ini satu hadiah yang besar dari Engkau berkat bulan Muharam ini. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhamad s.a.w, kerana engkaulah ya Rasulullah kami dapat meneruskan kuliah kali ini. Moga-moga kami pandai bersyukur dan dapat membanyakkan selawat kepada nabi kami.

Kerana ilmu kita tak banyak, tak halus, banyak benda silap yang kita tak tahu, banyak ilmu yang seni-seni kita tak faham. Kita telah buat kesalahan tanpa kita sedar. Kita telah buat dosa-dosa besar tapi tak tahu. Kita banyak buat kesalahan dengan Tuhan tapi tak sedar. Jadi yang kurang pada kita ialah ilmu-ilmu seni. Bila ilmu-ilmu seni itu kita tak faham, pada saya, pada orang lain saya tak tahulah, makin banyak kita ibadah makin banyak kita tipu diri. Makin kita nak jadi orang baik dah jadi tak baik. Makin banyak kita beribadah makin jahat kita dengan Tuhan, kerana ilmu kita tak boleh menyuluh diri kita, sebab ilmu Tuhan itu sangat seni. Sangat tersirat.

Yang sebenarnya ilmu yang seni-seni, ilmu yang tersirat itulah yang boleh mengubat hati. Ilmu lain tak boleh, kadang-kadang dia tipu kita, ilmu lahir tak terasa apa-apa. Bila tak terasa apa-apa, makin banyak kita buat, kita dah rasa luar biasa, kita kurang ajar dengan Tuhan, kita dah rasa hebat. Ini dah berdosa dengan Tuhan tapi kita tak sedar, kita dah tak takut dengan Tuhan.

Sedangkan itu kesalahan besar, dosa besar. Jadi kalau ilmu kita tak seni, makin buat baik jadi makin tak baik. Kan pelik didengar, kalau orang tak pernah dengar ilmu macam ni, tentulah dia fikir ajaran sesat ke ni? Yang sebenarnya dosa-dosa besar ada 2 bahagian:
1.dosa-dosa yang lahir
2.dosa-dosa yang batin

Saturday 21 July 2012

Kelebihan Bersahur



Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan.”

Riwayat Bukhari & Muslim

Huraian
Pengajaran Hadis:

i) Waktu bersahur ialah bermula pada pertengahan malam hingga terbit fajar namun disunatkan untuk mengakhirkan waktu bersahur iaitu kira-kira 10 atau 15 minit sebelum bilal melaungkan azan Subuh. Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa waktu bersahur itu adalah bersamaan dengan bacaan 50 ayat suci Al-Quran.

ii) Mengantuk dan letih tidak boleh dijadikan alasan untuk enggan bersahur kerana sahur dapat membantu menguatkan badan orang yang berpuasa untuk mengerjakan ibadat puasa pada sebelah siangnya, di samping sahur itu sendiri adalah satu amalan sunat yang berkat. Menurut Ibnu Hajar Al-Asqalani, yang dimaksud dengan berkat (barakah) itu ialah akan mendapat ganjaran dan pahala di mana Allah akan merahmati orang-orang yang makan sahur dan malaikat juga akan mendoakannya.

iii) Pengambilan makanan sahur adalah titik yang membezakan antara puasa penganut agama lain dengan puasa kaum muslimin kerana penganut lain tidak bersahur sebelum berpuasa.

iv) Waktu sahur adalah waktu yang paling mustajab untuk berdoa kepada Allah S.W.T.

v) Sahur itu boleh dilakukan dengan sedikit makan walaupun cuma seteguk air. Namun tidak digalakkan untuk mengambil terlalu sedikit atau terlalu banyak makanan pada waktu sahur. Memadai dalam anggaran yang secukupnya bagi membantu untuk mengerjakan puasa pada keesokan harinya kerana pengambilan makanan yang terlalu banyak atau terlalu sedikit pasti akan mengganggu kesihatan.

Friday 20 July 2012

Ahlan wahsahlan Ya Ramadhan


Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .







Alhamdulillah hari ni kita berkesempatan sesua kembali di alam blog. dan syukur Alhamdulillah Allah memanjangkan usia kita hingga kehari ini. seperti yang sedia maklum 21 julai bersemaan hari sabtu esok bermulalah kita umat islam berpuasa. sekali lagi ingin ana mengucapkan kesyukuran kehadrat illahi kerana ALLAH telah memanjangkan umur kita sehingga hari ini untuk bertemu Ramadhan Al-Mubarak yang sentiasa dinantikan oleh muslimin dan muslimat. Bulan yang  penuh rahmat dan ketenangan Alhamdulillah kita bertemu jua yang sentiasa diri ini nanti2kan kedatangannya. untuk sedia maklum kalau esok bermulanya puasa so maksudnya hari ni akan bermulanya Solat Sunat Tarawikh. JOM pakat ramai-ramai ke Surau / Masjid berdekatan untuk menunaikan SOlat Sunat Tarawikh yang hanya ada bulan Ramadhan. mudah-mudahan sepanjang bulan ramadhan ini kita dapatlah mengumpul amal ibadat kita dan terus menambah amal-amal ibadat kita semoga Allah sentiasa memberkati kita di bulan yang mulia ini. Jaga mata, Jga telingan, jaga hati dan jaga iman kita sepanjang Ramadhan ini. Mengelak melakukan perkara-perkara yang mungkar.dan sentiasa menambah kebaikan insyaALLAH. di kesempatan ini ana nak mohon ampun dan maaf agar ada salah dan silap sepanjag berblog ini mahupun d alam blog,rakan-rakan yang mengenali diri ini mahupun dialam maya ataupun realiti, fmly dan guru-guru n lecture2 ana mohon maaf dunia akhirat. Semoga kita beroleh keberkahan sepanjang bulan yang mulia ini...ALLAHUAKHBAR...akhirnya aku bertemu jua bulan yang ku sentiasa nantikan syukur ALHAMDULILLAH.
Akhir kata dari Al-Hayaah. Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan sama-sama lah kita memberkati bulan yang mulia ini dengan menambah amal ibadat harian kita.

1 Hari ni NAFAS ini menjadi TASBIH,
Malam ni menjadi Barakah penuh IBADAH,
Hari ni DOA2 DIJABAH,
Hari ni jua PAHALA dilipat GANDAKAN,

Tapi......
Itu semua x kan terjadi tanpa MAAF yg tulus,
Untuk itu,izinkan ana memohon maaf utk lisan yg terlanjur,janji yg terabai,hati yg berprasangka dan semua sikap ana menyakitkan SAHABAT2 ku semua yg disayangi..

Andai semua HARTA adalah RACUN,
Maka ZAKAT PENAWARNYA,
Jika seumur HIDUP adalah DOSA,
Maka TAQWA DAN TAUBAT UBATNYA,
Jika seluruh BULAN adalah NODA,
Maka RAMADHANLAH PEMUTIHNYA...

Wallahuam
Sekian,Terima Kasih
Wassalam




Thursday 19 July 2012

Amalan Paling Utama



Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah ditanya: 

"Apakah amalan yang paling utama? Baginda s.a.w. bersabda: "Beriman kepada Allah s.w.t Sahabat bertanya lagi: Kemudian apa? Rasulullah s.a.w bersabda: Jihad pada jalan Allah s.w.t. iaitu berjuang pada jalan Allah s.w.t. dan Sahabat bertanya lagi: Kemudian apa? Rasulullah s.a.w bersabda: Haji Mabrur iaitu ibadat Haji yang diterima"

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Masud r.a katanya: Aku pernah bertanya Rasulullah s.a.w: 

"Apakah amalan yang paling utama? Baginda s.a.w. bersabda: Sembahyang pada waktunya. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda s.a.w. bersabda: Berbakti kepada kedua orang tua. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda s.a.w. bersabda: Berjuang pada jalan Allah. Kemudian aku bertanya lagi kepada Baginda s.a.w., semata-mata ingin menemani dan menjaga perasaan Baginda s.a.w."

Wednesday 18 July 2012

Sikap Kita Terhadap Al-Quran


Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .


Setelah belasan atau puluhan tahun kita hidup, bagaimanakah interaksi kita dengan Al-Quran? Bagaimanakah kualiti bacaan Al-Quran kita? Bagaimanakah pula dengan penghayatan kita terhadap apa yang tertulis dalam Al-Quran?Sejauh manakah kita merasakan bahawa Al-Quran itu hidup dalam hati kita, dan hidup kita secara keseluruhannya adakah berpandu kepada acuan Al-Quran? Persoalan-persoalan ini mungkin akan menimbulkan jawapan-jawapan yang kurang memuaskan atau mungkin mengecewakan.

"Eh, aku dah khatam dah waktu darjah 5 dulu tau!"

"Takpelah, aku tak pandai sangat baca Quran, segan la nak tadarus"

"Kalau ada masa lapang aku baca la Quran"

"Ye ke Quran ni lengkap?"

"Alah, aku baca je, tak pernah tengok pun maknanya. Takpe, dapat pahala jugak"

Kalau begini layaknya sikap kita terhadap Al-Quran, bagaimanakah mungkin diri kita itu terbentuk dengan Al-Quran? Bagaimanakah mungkin Al-Quran itu menjadi panduan agung dalam kehidupan kita sedangkan kita tak pernah mengetahui sekalipun pengertiannya? Maka kita harus menyelami hati dan mula memikirkan, bagaimana seharusnya kita bersikap terhadap Al-Quran?Adakah dengan mengambilnya sebagai bahan bacaan "mengisi masa lapang" atau "mesti" cari masa untuk dibaca? Adakah dengan menjadikannya bahan bacaan atau bahan rujukan dalam segenap kehidupan?

Ya, Al-Quran dengan bait-bait kata yang sama inilah yang menjadi perubah kehidupan sebuah bangsa Arab Jahiliah menjadi Khayru Ummah. Al-Quran dengan mesej yang sama sejak dulu inilah yang menjadi inspirasi terbebasnya Constantinopel di tangan Islam. Al-Quran dengan suruhan dan tegahan yang sama sejak dulu inilah yang menjadi sebab tertegaknya pemerintahan Islam.Namun, mengapakah kita tidak menjadi sebegitu hebat dengan Al-Quran ini? Adakah salah Al-Quran atau salah Umat Islam?

Tadabbur

Tuesday 17 July 2012

Jodoh Dalam Konteks Islam





JODOH.. Satu agenda yang besar dalam kitaran hidup manusia. Jodoh juga adalah agenda pelengkap untuk kesejahteraan dan tuntutan fitrah manusia normal yang dicipta oleh Allah. Indahnya Islam yang mensyariatkan perkahwinan yakni ikatan dan persetujuan antara dua makhluk, iaitu wanita dan lelaki secara sah di sisi syarak dan undang-undang yang memang secara azalinya saling memerlukan. Tatkala terciptanya Adam arakian juga diciptakan Allah akan Hawa.

Sedarkah kita bahawa Allah ta’ala sudah berfirman bahawa ketika mana kita berusia 6 bulan di dalam rahim ibu kita sudah ditetapkan kepada kita 3 perkara yakni persoalan ajal maut,rezeki dan akhir sekali jodoh, maka selayaknya persoalan ini kita sandarkan pada Islam yang sentiasa menjadi pemudah dan pedoman hidup mukmin sejati. Disambung lagi dengan sabda Rasulullah SAW yang menggariskan 4 perkara utama yang perlu pada pemilihan pasangan hidup iaitu rupanya,hartanya,keturunanya dan agamanya. Maka selayaknya menjadi pilihan utama adalah pasangan yang mencintai agama kerana seseorang mukmin secara langsung akan terserlah sifat soleh dan solehahnya. Dengan itu secara langsung sifat kewanitaanya, kekayaanya, kebijaksanaanya jua akan terserlah sama.

Jadi apakah alasan kita hanya mengeluh dan hanya menyalahkan takdir dalam pencarian jodoh. Berdoalah dengan konsisten dan ikhlas, dengan asbab (sebab) pasangan tersebut dijodohkan oleh emak bapa, pertemuan dari kawan-kawan, rakan sekuliah malah mungkin melalui jaringan maya (internet). Walaubagaimana cara sekalipun percaya dan yakinlah, pastinya ketapan Allah adalah yang terbaik. Penulis yakin cara yang paling baik dan berkat ialah berdoa kehadrat Ilahi dengan konsisten dan setulus hati agar dikurniakan pasangan yang akan membahagiakan kita dunia dan akhirat,dengan itu serahkanlah 100% keyakinan pada qada dan qadar Allah Ta’ala. Janganlah terlalu terikut-ikut dengan persekitaran umum sekarang yang banyak terpengaruh dengan cara dan etika bangsa barat yang hanya mementingkan kepuasan dan keselesaan nafsu yang tiada noktah. 

Kesempurnaan yang hakiki hanya di syurga, berapa banyak Kalam Allah yang menggambarkan janji nikmat olehNya pada manusia yang soleh dan solehah. Jadilah mukmin yang baik nescaya tiada sesal pada kita akhirnya.

Wallahualam

Sunday 15 July 2012

Jangan Berani Sentuh Hati Hawa



Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .
Alhamdulillah hari ini ana dapat untuk menyampaikan lagi sesuatu coretan dalam blog ana ini.
Terasa ingin meluahkan sesuatu agar ia menjadi pendoman dan rasa untuk sentiasa terjaga-jaga bila menghadapi sesuatu situasi yang agak sukar. ana mulakan dari satu peringatan yang IMAM As-Syafi'e sampaikan iaitu

Peringatan kepada semua lelaki atau kaum Adam :

"Jangan kalian sentuh seseorang wanita walaupun hatinya.''
(Imam As-Syafi'e)

Peringatan buat diri yg lemah ini jua:
''Jangan kamu cuba membuatkan seseorang lelaki itu tersentuh hatinya akan kamu."

Tiada perakhiran,tanpa permulaan,
Tiada hati yg disentuh tanpa minta untuk disentuh.
Semuanya bermula daripada kedua-duanya.

Andai tiada yang memulakan,
dan
Andai tiada yg membuka ruang utk memulakannya,
pastinya lahir
muslimin yg kukuh imannya,
muslimat yg terjaga maruahnya

Seperti sahabatku sering mengatakan propagandanya,
''muslimat power! muslimin penyayang"

Bak kata Ustaz Azhar Idrus pula
"Jangan Berani Sentuh Hati Perempuan Kalau Tak Ada Niat Untuk Menikahinya"

Moga Allah menjaga kedua-duanya selagi mana mereka meminta utk dijaga oleh Allah.

~ Wallahualam ~
Assalamualaikum. 

Friday 13 July 2012

MAMAT JIWANG vs MINAH BRUTAL





Isnin (MULA2 BERKENALAN di stesen ktm)
Mamat : Assalamualaikum…hai awak,sy nak berkenalan dgn awk boleh x???
Minah : waalaikumussalam…boleh tapi kene jumpa mak bapak aku dulu..minta izin kalau mak bapak aku bagi..aku on je…
Mamat : waaa..boleh tahan ek awk ni…ok sy jumpa mak bapak awk…bg alamat umah awk...
Minah : ni i/c aku, cepat la salin alamat aku..
Mamat : tangan menyalin sambil tersenyum2 (dalam hati :ceh malas tol punye minah..xpe2..waa nama NURUL IMAN …lembut je nama tp perangai brutal tol..)

Selasa (SAAT SI MAMAT JUMPA MAK BAPAK SI MINAH)
Mamat : Assalamulaikum pak cik mak cik..sihat..?
Pkcik & makcik : waalaikumussalam..alhamdulillah kami sihat..tapi..anak ni siape?
Mamat : sy MOHD AIMAN.. sy datang jumpa makcik ngan pakcik ni sebab nak mintak izin nak berkenalan dengan anak pakcik yg bernama NURUL IMAN..
Pak cik : Alhamdulillah..ade lagi pemuda yg gentelmen cam kamu ni lg ye zaman skrg..sbnr ye kamu la pemuda yg pertama datang mintak izin sblm nk berkenalan dgn anak pkcik NURUL IMAN tu..
Mamat : (dalam hati: waaa bangge aku sebagai seorang lelaki sejati..)
Mak cik : Sebelum2 ni xde siape yg berani dtg..kateye..si NURUL IMAN tu garang sangat org ye..sebenarnya x..si NURUL IMAN tu org ye lembut sgt, sopan, budi bahasa, rajin dan agama ye pun baik..
Mamat : sambil angguk2 dan tersenyum2 mendengar cerita mak bapak minah (dalam hati: ceh..lembut ke??sopan ke?? Budi bahsa ke?? Xde gaye langsung..xpe2..wait n c minah)
Pakcik : pak cik izinkan anak berkenalan dengan anak pakcik NURUL IMAN…
Mamat : terima kasih pakcik makcik..

"UNTUK CALON SUAMIKU YANG TELAH TERTULIS"


بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Dengan niat ibadah semata-mata mencari Ridha_Nya,ijinkan aku mengungkapkan ketulusan hatiku,Kelak disaat aku sudah menjadi hakmu :

Ketika sebagai isterimu aku telah melalaikan kewajibanku dalam bertakwa kepada Allah Azza Wa Jalla,Maka ingatkanlah.

Ketika sebagai isterimu aku telah melalaikan kewajibanku dalam rumah tangga,Maka tegurlah.

Ketika sebagai isterimu aku telah berani membantah perintahmu,Maka lunakkanlah.

Ketika sebagai isterimu aku telah banyak menuntut harta dunia,Maka ingatkanlah tentang akhirat.

Ketika sebagai isterimu aku telah banyak berbuat salah,Maka perbaikilah.

Ketika sebagai isterimu aku telah banyak kufur atas pemberianmu,Maka ajarkanlah bersyukur.

Ketika sebagai isterimu aku telah banyak keluar rumah tanpa ijinmu,Maka jadikanlah rumah sebagai surga kita.

Ketika sebagai isterimu aku telah mulai tidak setia,Maka sayangilah dengan hatimu.

Ketika sebagai isterimu aku telah banyak khilaf,Maka tuntunlah ke jalan yang benar.

Aku tak mau hubungan halal kita akan menjerumuskanku ke jurang murka_Nya.

Aku hanya ingin patuh dan taat kepada Allah Azza Wa Jalla dan suami.

Aku hanya ingin mengabdi dengan sepenuh ketulusan hati hanya kepadamu,Bukan kepada yang lain.

Aku ingin engkau selalu menasehatiku,membimbingku,menuntunkuke jalan yang di ridhaimu.Yang akan membawaku menuju Ridha_Nya.Menggapai Jannah_Nya...Aamiin ya Rabbal'alamin.

Do'a Seorang Muslimah


بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Sebelum Engkau Halal Bagiku

Ahlan Wa Sahlan,Marhaban fii zaumina hadza


Alhamdulillaah…..
Segala Puji bagi Allah Tuhan Seru sekalian alam.Tuhan Yang Maha Rahman.Maha Rahim.. Shalawat serta salam senantiasa tercurah untuk kekasih Allah,Muhammad Rasulullah Shallahu 'alaihi wassalam.Allahumma Shalli wa Salim Ala Sayyidina Muhammadin wa Ala aali Sayyidina Muhammadin fi Kulli Lam Hatin wa na Fasinn bi'adadi Kulli Ma'lu Mil Lak.

Yaa Rabbi...Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,berfikir sebelum bertindak,santun dalam berbicara,tenang ketika gundah,diam ketika emosi melanda,bersabar dalam setiap ujian.Jadikanlah kami orang yg selembut Abu Bakar Ash-Shiddiq,sebijaksana Umar bin Khattab,sedermawan Utsman bin Affan,sepintar Ali bin Abi Thalib,sesederhana Bilal,setegar Khalid bin Walid radliallahu'anhum...Aamiin ya Rabbal'alamin.

Sunnah Rasulullah S.A.W Sebelum Tidur



Hari ni, ana nak kongsi sedikit amalan Rasulullah S.A.W sebelum baginda tidur.

1. Membaca doa :


"Dengan nama engkau ya Allah aku mati dan aku hidup."
                                                                                                   (Direkodkan oleh Bukhari)

 بِاسْمِكَ اللَّهُمَّ أَحْياَ وَأَمُوتُ
“Dengan nama Engkau ya Allah aku hidup dan mati”
( diriwayatkan oleh Bukhari) 

2. Merapatkan kedua tapak tangan dan meniupkan pada kedua-dua tapak tangan dan membaca :

قُلْ هُوَ الله أَحَدٌ
قل أعوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ
قل أعوذ برب النّاسِ

Kemudian sapu kedua-dua tapak tangan ke seluruh bahagian tubuh yang dapat dicapai, dimulakan dengan kepala muka, belakang dan dilakukan sedemikian sebanyak tiga kali.
(Mafhum daripada hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari)

3. Membaca ayat kursi :


(Mafhum daripada hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari)

4. Membaca : 


"Dengan nama Allah aku meletakkan lambungku dan dengan namamu aku mengangkatnya, jika engkau menghabiskan hayatku maka rahmatilah daku, jika engkau membiarkan umurku panjang maka peliharalah umurku dalam kebaikan sebagaimana engkau memelihara umur hamba-hambamu yg soleh."
(Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

Rasulullah S.A.W Gemar Beri Hadiah Kepada Isteri


alt

Hadiah merupakan pelembut bagi hati. Hadiah juga merupakan tanda kesediaan seseorang itu berkasih dengan seseorang yang lain. Apabila seseorang itu memberikan sesuatu hadiah, orang yang menerimanya akan rasa dihargai. Jika penerima itu sedang sedih atau marah, biasanya perasaan sedih dan marah itu akan semakin kurang atau terus hilang.

Baginda Rasulullah sallallahi 'alaihi wa sallam menunjukkan teladan hebat sebagai seorang suami yang gemar memberikan hadiah buat isteri-isterinya. Bahkan baginda mengaitkan secara jelas, ikatan antara hadiah dan kasih sayang. Sabda Nabi SAW:

Maksudnya;

"Berilah hadiah sesama kamu, pasti kamu akan berkasih sayang." (Al-Mukjam Al-Awsat : 7448.)

Pengikat Kasih, Pendamai Jiwa

Peranan hadiah sebagai pengikat kasih dan pendamai jiwa memang tidak boleh dinafikan. Hal ini terbukti dan pernah dialami sendiri oleh tokoh gerakan Islam Imam Hasan Al-Banna. Diceritakan bahawa semasa Imam Hasan Al-Banna sering menyampaikan kuliah agama. Dalam kuliah beliau itu, terdapat seorang Pak Cik tua yang sering mengemukakan soalan-soalan dengan niat untuk merendahkannya. Soalan yang dikemukakan itu, bukan dengan tujuan untuk mendapat ilmu, tetapi bagi menjatuhkan kredibiliti Imam Hasan Al-Banna sebagai seorang tokoh gerakan Islam di Mesir.

Melihat tindakan Pak Cik tersebut, Imam Hasan Al-Banna berfikir tentang cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah yang sedang menimpa itu. Akhirnya, Imam Hasan Al-Banna terfikir kepada hadis nabi yang menyebut tentang hadiah, menyebabkan Imam Hasan Al-Banna telah membelikan satu hadiah dan diberikan kepada Pak Cik tersebut.

Ekoran dari kejadian tersebut, menyebabkan Pak Cik itu sudah mula merasa malu dengan Imam Hasan Al-Banna, dan selepas dari kejadian itu, Pak Cik tersebut tidak lagi mengemukakan soalan-soalan "pekena" seperti yang selalu dilakukan sebelum ini.

Dari kisah ini, jelas kepada kita bahawa hadiah merupakan faktor penting dalam menaikkan semangat sayang menyayangi antara manusia. Lebih-lebih lagi, dalam usaha hendak melahirkan kasih sayang antara suami dan isteri.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...