Sunday 22 September 2013

PERANGI SYIAH LAKNATULLAH~!!


Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 
Alhamdulillah bersyukur kehadrat illahi kerana ALLAH mengizinkan lagi untuk ana berkongsi di Terata Al-Hayaah Pencinta Illahi :). Hari ana ingin berkongsi sedikit sebanyak Identity SYIAH yang sebenar yang semakin hari semakin membahayakan bukan sahaja di MALAYSIA tetapi SELURUH NEGARA.

Kenapa ana terdetik nak kongsi Topik SYIAH ni??? 
sebabnya Alhamdulillah ALLAH mempermudahkan ana untuk hadir 2 Kuliah Ilmiah berkenaan SYIAH yang di bentang oleh Alfadil Ustaz Abdullah Din dan Alfadil Ustaz Ahmad Nasim B. Abdul Rauf... sangat betuah LABUAN dengan kehadiran mereka kerana mereka merungkaikan SYIAH dengan lebih jelas.... TAHNIAH kepada yang HADIR sepanjang Majlis Ilmu Kedua-dua Ustaz ini..

*****
kita mulakan perbincangan dengan merungkai maksud SYIAH dari segi bahasa dan istilah.

Menurut etimologi (lughah) Bahasa Arab,Syiah (شيعة) bermaksud : Pengikut dan pembela seseorang.[1]

Adapun mengikut terminologi (istilah) syariat Islam : Mereka yang berpendapat bahawa Saidina Ali bin Abi Thalib lebih berhak untuk memegang tampuk pemerintahan dan lebih utama daripada sahabat-sahabat lain.[2]

Adapun mengikut terminologi (istilah) syariat Islam : Mereka yang berpendapat bahawa Saidina Ali bin Abi Thalib lebih berhak untuk memegang tampuk pemerintahan dan lebih utama daripada sahabat-sahabat lain.[2]

Asalnya, Syiah terpecah daripada Islam disebabkan persoalan Siasah (Politik). Begitulah juga dengan firqah Khawarij[3], namun ketika peristiwa kematian Sayyidina Hussin bin Ali di Karbala[4], pengaruh Syiah makin meluas lalu dikenali sebagai satu fahaman dan mazhab aqidah.

Oleh itu, pelbagai fahaman dan fatwa ganjil daripada Syiah yang dikeluarkan sehingga membawa kepada percanggahan dalam masalah aqidah (pegangan) dan pelbagai masalah fiqh.Asalnya mereka ingin mempertahankan Ahli Bait Rasulullah s.a.w. namun semangat kecintaan tersebut telah diseleweng oleh beberapa ideologi sesat yang telah dibawa masuk.

*****

Antara pendapat ulama’ menyatakan, pengasas utama Syiah adalah Abdullah bin Saba’[5] yang berpura-pura menganut Islam semata-mata menjadi duri dalam daging umat Islam.Ini disokong oleh kebanyakan ulama’ Sunni dan Syiah sendiri kerana antara puak-puak Syiah ada yang dinisbahkan kepada namanya iaitu puak “al-Sabaiah” (السبائية).

Satu peristiwa terjadi ketika Abdullah bin Saba’ pernah sekali berjumpa dengan Saidina Ali bin Abi Thalib :“Kamulah (Ali) kamulah (Tuhan) , lalu diulang-ulang beberapa kali, maka Saidina Ali berkata : Celakalah kamu (dengan perkataanmu itu), Saidina Ali bertanya : Siapakah aku yang sebenarnya? Lalu Abdullah bin Saba’ berkata lagi : Kamulah Allah !!! ”.[6]

Disebabkan perkataan tersebut, maka Saidina Ali telah memerintahkan menterinya untuk membakar golongan Syiah Saba’iah tersebut[7].  Syiah selepas zaman Saidina Ali berpecah kepada empat kumpulan yang terbesar yang akan dinyatakan nanti.

Syiah pada zaman sekarang yang dianggap benar-benar mu’tadil adalah Zaidiah[8].Adapun Imamiah Isna ‘Asyar, ulamak khilaf. Kebanyakan daripada para syeikh Al-Azhar mengambil pendekatan yang wasatiah (pertengahan) mengatakan mereka dikalangan mu’tadil (masih boleh diajak berbincang dalam proses taqrib).

Antara ulama' yang berpendapat sedemikian seperti Syeikhul Azhar Mahmud Shaltut, Mufti Mesir Syeikh Nuruddin Ali Jumaat, Syeikh ‘Atiah Saqar, Syeikh Yusoff al-Qardhawi, Syeikh Ibrahim al-Bayumi dan lain-lain. 

Namun ada juga pendapat yang lebih keras mengatakan Imamiah Isna ‘Asyar ini telah keluar daripada Islam kerana sampai kelampauan mereka kepada sahabat-sahabat Nabi, berpegang kepada pentahrifan(ditokok tambah) Quran, merendahkan martabat Rasul, menolak dan tidak berhujjah dengan sebahagian besar hadith-hadith sahih melainkan yang selari dengan aqidah mereka, mempercayai imam mereka maksum sebagaimana Rasulullah, menyangka imam mereka belum wafat lalu diangkat oleh Tuhan dan akan diturunkan sebagai Imam Mahdi kelak, imam mereka mengetahui perkara-perkara ghaib dan lain-lain.

Pendapat kedua ini kebanyakannya dipegang oleh ulama-ulama yang berfahaman Salafi antaranya Ibn Taimiyyah, ibn Qayyim al-Jauzi, Abdullah bin Abd Wahab, Mufti Saudi Syeikh Muhammad bin Ibrahim, Syeikh al-Bani dan lain-lain[9].

*****
12 IMAM-IMAM SYIAH

12 Imam-Imam Syiah

Tuesday 17 September 2013

SELAMATKAN SYIRIA


Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 

Alhamdulillah berkesempatan untuk berkongsi sedikit berkenaan isu Syiria hasil daripada Kuliah selama 3hari oleh Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Nor iaitu Pengerus Aqsa Syarif. sangat menarik hasil pembentangan beliau membuatkan ana merasa tertarik untuk berkongsi didalam teratak Al-Hayaah CInta Illahi.


Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Nor (Pengerusi Aqsa Syarif)

Mendapat perspektif baru tentang hadith ini,

"Siapa yang melihat kemungkaran maka ubahlah dengan tangannya, jika tidak mampu maka ubahlah dengan lisannya, jika tidak mampu maka (tolaklah) dengan hatinya dan hal tersebut adalah selemah-lemahnya iman" (Riwayat Muslim)

Dalam konteks Syria dan kita, Dr Hafidzi menyatakan "mengubah dengan tangan" itu merujuk kepada penguasa/pemimpin islam yang seharusnya dengan kuasa politik yang mereka ada, menolak secara terang regim Basyar al-Assad.

Antaranya, metutup kedutaan Syria di Malaysia dan memberikan sokongan atau bantuan kewangan/ketenteraan kepada rakyat Syria yang tertindas.

Kemudian, "mengubah dengan lisan" itu merujuk kepada kita semua (rakyat yang bukan penguasa), melalui ceramah/kuliah mahupun penulisan menyebarkan dan menimbulkan kesedaran agar umat islam mengetahui akan isu yang berlaku di Syria dan lain-lain hal ummah. 

Tanggungjawab ini secara khususnya terpikul di bahu para ulama' yang memiliki ilmu dan mereka tidak boleh berdiam diri.

*****

Kata Dr Hafidzi, kewajipan menentang regim Basyar al-Assad bukanlah disebabkan isu Syiah-Sunni tetapi disebabkan oleh KEZALIMAN yang dilakukannya ke atas rakyat Syria (130,000 orang rakyat Syria telah terbunuh, wanita diperkosa, serangan menggunakan senjata kimia, dll).

Ini perkara asas (basic) dalam islam iaitu kewajipan menegakkan keadilan dan kebenaran dengan menumbangkan kezaliman dan kebatilan.

*****

Dr Hafidzi juga mengingatkan, jangan terpedaya dengan mainan Amerika yang nampak seperti menentang Regim Basyar al-Assad dan menyokong rakyat Syria.

Juga jangan bersangka buruk dengan Tentera Pembebasan Syria (FSA) (yang dilabel oleh media Malaysia sebagai pemberontak) - mereka tidak bersekongkol dengan Amerika.

Tapi ketahuilah yang Amerika itu, apabila mereka "menyibuk" di negara orang lain, konon ingin memberikan bantuan tetapi sebenarnya mereka ingin menjaga kepentingan sendiri.

Mereka sokong kumpulan yang berpotensi menang kerana sesiapa pun yang menang, mereka ingin ada hubungan baik dengan kumpulan yang menang agar nanti kepentingan sekutu mereka, yakni Israel tidak terjejas.

Amerika bukanlah 'concern' sangat tentang penindasan yang dibuat oleh regim Basyar tapi mereka hanya memikirkan kepentingan jangka panjang mereka.

*****

Yang sewajibnya 'concern' tentang apa yang berlaku di Syria dan lain-lain perihal umat islam adalah Umat Islam itu Sendiri.

Tindakan kerajaan Malaysia yang mengambil sikap berkecuali dalam hal umat islam yang ditindas di Timur Tengah wajar untuk terus dikutuk.

Umat islam tak sepatutnya dipisahkan oleh sempadan bangsa dan negara kerana kita adalah "satu ummah".

***** 

Umat Islam Wajib ambil tahu apa yang kita Tak Tahu khususnya berkenaan Umat ISLAM diseluruh dunia.

Di Bumi Syam adalah tempat dimana berlakunya kiamat dan tempat berlakunya kebangkitan. Oleh itu diandaikan bahawa terdapat 9 kebaikan di bumi Syam dan 9 keburukan diluar bumi syam. 

*****
Terdapat 5 Fatwa Syiria yang di senaraikan oleh ulama-ulama seluruh dunia yang antaranya dihadiri oleh Dr Hafizi sendiri.

Fatwa Syiria

1. Wajib bagi umat islam untuk bersama-sama dengan kebangkitan rakyat syiria kerana perjuangan mereka adalah diantara hak dan batil, di antara keadilan dan kezaliman.Perjuangan mereka juga adalah untuk melawan pemerintah yang membunuh dan menindas rakyat dan ini menunjukkan bahawa wajib bagi umat islam untuk  membentuk dan menyatakan sokongan kepada umat Islam yang dizalimi

2. Wajib keatas setiap pemimpian Umat Islam untuk membantu bumi Syiria

3. Wajib untuk menyokong golongan yang memperjuangkan kebenaran.

4. Haram bagi umat islam menyatakan sokongan dan dokongan kepada Rejim Basyar mahupun sekutunya dari sudut ketenteraan/ harta benda, sokongan politik dan sebagainya.

5. Haram membunuh diatas dasar hawa nafsu dan juga kepuakan. Akan tetapi apabila berada di dalam medan Jihad maka ia merupakan kewajipan untuk mempertahankan maruah diri dan juga agama.

~Wallahualam~

Kredit kepada Kak Syafiqah yang membantu dalam pengumpulan maklumat :)



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...