Sunday, 22 September 2013

PERANGI SYIAH LAKNATULLAH~!!


Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 
Alhamdulillah bersyukur kehadrat illahi kerana ALLAH mengizinkan lagi untuk ana berkongsi di Terata Al-Hayaah Pencinta Illahi :). Hari ana ingin berkongsi sedikit sebanyak Identity SYIAH yang sebenar yang semakin hari semakin membahayakan bukan sahaja di MALAYSIA tetapi SELURUH NEGARA.

Kenapa ana terdetik nak kongsi Topik SYIAH ni??? 
sebabnya Alhamdulillah ALLAH mempermudahkan ana untuk hadir 2 Kuliah Ilmiah berkenaan SYIAH yang di bentang oleh Alfadil Ustaz Abdullah Din dan Alfadil Ustaz Ahmad Nasim B. Abdul Rauf... sangat betuah LABUAN dengan kehadiran mereka kerana mereka merungkaikan SYIAH dengan lebih jelas.... TAHNIAH kepada yang HADIR sepanjang Majlis Ilmu Kedua-dua Ustaz ini..

*****
kita mulakan perbincangan dengan merungkai maksud SYIAH dari segi bahasa dan istilah.

Menurut etimologi (lughah) Bahasa Arab,Syiah (شيعة) bermaksud : Pengikut dan pembela seseorang.[1]

Adapun mengikut terminologi (istilah) syariat Islam : Mereka yang berpendapat bahawa Saidina Ali bin Abi Thalib lebih berhak untuk memegang tampuk pemerintahan dan lebih utama daripada sahabat-sahabat lain.[2]

Adapun mengikut terminologi (istilah) syariat Islam : Mereka yang berpendapat bahawa Saidina Ali bin Abi Thalib lebih berhak untuk memegang tampuk pemerintahan dan lebih utama daripada sahabat-sahabat lain.[2]

Asalnya, Syiah terpecah daripada Islam disebabkan persoalan Siasah (Politik). Begitulah juga dengan firqah Khawarij[3], namun ketika peristiwa kematian Sayyidina Hussin bin Ali di Karbala[4], pengaruh Syiah makin meluas lalu dikenali sebagai satu fahaman dan mazhab aqidah.

Oleh itu, pelbagai fahaman dan fatwa ganjil daripada Syiah yang dikeluarkan sehingga membawa kepada percanggahan dalam masalah aqidah (pegangan) dan pelbagai masalah fiqh.Asalnya mereka ingin mempertahankan Ahli Bait Rasulullah s.a.w. namun semangat kecintaan tersebut telah diseleweng oleh beberapa ideologi sesat yang telah dibawa masuk.

*****

Antara pendapat ulama’ menyatakan, pengasas utama Syiah adalah Abdullah bin Saba’[5] yang berpura-pura menganut Islam semata-mata menjadi duri dalam daging umat Islam.Ini disokong oleh kebanyakan ulama’ Sunni dan Syiah sendiri kerana antara puak-puak Syiah ada yang dinisbahkan kepada namanya iaitu puak “al-Sabaiah” (السبائية).

Satu peristiwa terjadi ketika Abdullah bin Saba’ pernah sekali berjumpa dengan Saidina Ali bin Abi Thalib :“Kamulah (Ali) kamulah (Tuhan) , lalu diulang-ulang beberapa kali, maka Saidina Ali berkata : Celakalah kamu (dengan perkataanmu itu), Saidina Ali bertanya : Siapakah aku yang sebenarnya? Lalu Abdullah bin Saba’ berkata lagi : Kamulah Allah !!! ”.[6]

Disebabkan perkataan tersebut, maka Saidina Ali telah memerintahkan menterinya untuk membakar golongan Syiah Saba’iah tersebut[7].  Syiah selepas zaman Saidina Ali berpecah kepada empat kumpulan yang terbesar yang akan dinyatakan nanti.

Syiah pada zaman sekarang yang dianggap benar-benar mu’tadil adalah Zaidiah[8].Adapun Imamiah Isna ‘Asyar, ulamak khilaf. Kebanyakan daripada para syeikh Al-Azhar mengambil pendekatan yang wasatiah (pertengahan) mengatakan mereka dikalangan mu’tadil (masih boleh diajak berbincang dalam proses taqrib).

Antara ulama' yang berpendapat sedemikian seperti Syeikhul Azhar Mahmud Shaltut, Mufti Mesir Syeikh Nuruddin Ali Jumaat, Syeikh ‘Atiah Saqar, Syeikh Yusoff al-Qardhawi, Syeikh Ibrahim al-Bayumi dan lain-lain. 

Namun ada juga pendapat yang lebih keras mengatakan Imamiah Isna ‘Asyar ini telah keluar daripada Islam kerana sampai kelampauan mereka kepada sahabat-sahabat Nabi, berpegang kepada pentahrifan(ditokok tambah) Quran, merendahkan martabat Rasul, menolak dan tidak berhujjah dengan sebahagian besar hadith-hadith sahih melainkan yang selari dengan aqidah mereka, mempercayai imam mereka maksum sebagaimana Rasulullah, menyangka imam mereka belum wafat lalu diangkat oleh Tuhan dan akan diturunkan sebagai Imam Mahdi kelak, imam mereka mengetahui perkara-perkara ghaib dan lain-lain.

Pendapat kedua ini kebanyakannya dipegang oleh ulama-ulama yang berfahaman Salafi antaranya Ibn Taimiyyah, ibn Qayyim al-Jauzi, Abdullah bin Abd Wahab, Mufti Saudi Syeikh Muhammad bin Ibrahim, Syeikh al-Bani dan lain-lain[9].

*****
12 IMAM-IMAM SYIAH

12 Imam-Imam Syiah

Tuesday, 17 September 2013

SELAMATKAN SYIRIA


Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 

Alhamdulillah berkesempatan untuk berkongsi sedikit berkenaan isu Syiria hasil daripada Kuliah selama 3hari oleh Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Nor iaitu Pengerus Aqsa Syarif. sangat menarik hasil pembentangan beliau membuatkan ana merasa tertarik untuk berkongsi didalam teratak Al-Hayaah CInta Illahi.


Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Nor (Pengerusi Aqsa Syarif)

Mendapat perspektif baru tentang hadith ini,

"Siapa yang melihat kemungkaran maka ubahlah dengan tangannya, jika tidak mampu maka ubahlah dengan lisannya, jika tidak mampu maka (tolaklah) dengan hatinya dan hal tersebut adalah selemah-lemahnya iman" (Riwayat Muslim)

Dalam konteks Syria dan kita, Dr Hafidzi menyatakan "mengubah dengan tangan" itu merujuk kepada penguasa/pemimpin islam yang seharusnya dengan kuasa politik yang mereka ada, menolak secara terang regim Basyar al-Assad.

Antaranya, metutup kedutaan Syria di Malaysia dan memberikan sokongan atau bantuan kewangan/ketenteraan kepada rakyat Syria yang tertindas.

Kemudian, "mengubah dengan lisan" itu merujuk kepada kita semua (rakyat yang bukan penguasa), melalui ceramah/kuliah mahupun penulisan menyebarkan dan menimbulkan kesedaran agar umat islam mengetahui akan isu yang berlaku di Syria dan lain-lain hal ummah. 

Tanggungjawab ini secara khususnya terpikul di bahu para ulama' yang memiliki ilmu dan mereka tidak boleh berdiam diri.

*****

Kata Dr Hafidzi, kewajipan menentang regim Basyar al-Assad bukanlah disebabkan isu Syiah-Sunni tetapi disebabkan oleh KEZALIMAN yang dilakukannya ke atas rakyat Syria (130,000 orang rakyat Syria telah terbunuh, wanita diperkosa, serangan menggunakan senjata kimia, dll).

Ini perkara asas (basic) dalam islam iaitu kewajipan menegakkan keadilan dan kebenaran dengan menumbangkan kezaliman dan kebatilan.

*****

Dr Hafidzi juga mengingatkan, jangan terpedaya dengan mainan Amerika yang nampak seperti menentang Regim Basyar al-Assad dan menyokong rakyat Syria.

Juga jangan bersangka buruk dengan Tentera Pembebasan Syria (FSA) (yang dilabel oleh media Malaysia sebagai pemberontak) - mereka tidak bersekongkol dengan Amerika.

Tapi ketahuilah yang Amerika itu, apabila mereka "menyibuk" di negara orang lain, konon ingin memberikan bantuan tetapi sebenarnya mereka ingin menjaga kepentingan sendiri.

Mereka sokong kumpulan yang berpotensi menang kerana sesiapa pun yang menang, mereka ingin ada hubungan baik dengan kumpulan yang menang agar nanti kepentingan sekutu mereka, yakni Israel tidak terjejas.

Amerika bukanlah 'concern' sangat tentang penindasan yang dibuat oleh regim Basyar tapi mereka hanya memikirkan kepentingan jangka panjang mereka.

*****

Yang sewajibnya 'concern' tentang apa yang berlaku di Syria dan lain-lain perihal umat islam adalah Umat Islam itu Sendiri.

Tindakan kerajaan Malaysia yang mengambil sikap berkecuali dalam hal umat islam yang ditindas di Timur Tengah wajar untuk terus dikutuk.

Umat islam tak sepatutnya dipisahkan oleh sempadan bangsa dan negara kerana kita adalah "satu ummah".

***** 

Umat Islam Wajib ambil tahu apa yang kita Tak Tahu khususnya berkenaan Umat ISLAM diseluruh dunia.

Di Bumi Syam adalah tempat dimana berlakunya kiamat dan tempat berlakunya kebangkitan. Oleh itu diandaikan bahawa terdapat 9 kebaikan di bumi Syam dan 9 keburukan diluar bumi syam. 

*****
Terdapat 5 Fatwa Syiria yang di senaraikan oleh ulama-ulama seluruh dunia yang antaranya dihadiri oleh Dr Hafizi sendiri.

Fatwa Syiria

1. Wajib bagi umat islam untuk bersama-sama dengan kebangkitan rakyat syiria kerana perjuangan mereka adalah diantara hak dan batil, di antara keadilan dan kezaliman.Perjuangan mereka juga adalah untuk melawan pemerintah yang membunuh dan menindas rakyat dan ini menunjukkan bahawa wajib bagi umat islam untuk  membentuk dan menyatakan sokongan kepada umat Islam yang dizalimi

2. Wajib keatas setiap pemimpian Umat Islam untuk membantu bumi Syiria

3. Wajib untuk menyokong golongan yang memperjuangkan kebenaran.

4. Haram bagi umat islam menyatakan sokongan dan dokongan kepada Rejim Basyar mahupun sekutunya dari sudut ketenteraan/ harta benda, sokongan politik dan sebagainya.

5. Haram membunuh diatas dasar hawa nafsu dan juga kepuakan. Akan tetapi apabila berada di dalam medan Jihad maka ia merupakan kewajipan untuk mempertahankan maruah diri dan juga agama.

~Wallahualam~

Kredit kepada Kak Syafiqah yang membantu dalam pengumpulan maklumat :)



Sunday, 18 August 2013

Aku Terima Nikahnya

Bismillahirrahmannirrahim...

alhamdulillah segala puji dan kesyukuran kepada ALLAH memberi kesempatan ana untuk menulis sedikit entry baru hari ini. Alhamdulillah... Hari ini genab 11 hari kita di bulan Syawal baru berkesempatan saya untuk berkongsi sesuatu didalam entry kali ini :)...
Maaf buat anda tertunggu-tunggu...
Setelah Sebulan kita berpuasa..ana Bz dengan Komitmen Prektikel (kerja) dan juga Ibadah dBulan Ramadhan membuatkan saya tidak sempat untuk berkongsi.. Alhamdulillah Hari ini saya akan menukilkan 1 Tajuk "AKU TERIMA NIKAHNYA"...

Tajuk "Aku Terima Nikahnya" ini adalah dari sebuah buku yang ana baca Nukilah Ustaz Hasrizal Abdul Jami blog nya iaitu saifulislam.com... hasil perkongsian cerita pengalaman beliau membuatkan saya sangat-sangat tertarik dengan penulisannya yang boleh dibuat pengajaran kepada kita dalam persedian mencari calon atau menjadi sorang isteri/suami ataupun bakal menjadi sorg ummi/ibu/ayah/abi....dan pengisian hari ini juga hasil dari buku yang ana baca iaitu nukilan ustazah Fatimah Syarha yang bertajuk PEMILIK CINTAKU  SETELAH ALLAH DAN RASUL...

Hasil daripada 2 buku (AKU TERIMA NIKAHNYA & PEMILIK CINTAKU SETELAH ALLAH DAN RASUL) yang mempunyai kaitan yang sama berkenaan Cinta Sebelum Pernikahan dan setelah berkahwin....

Percintaan Sebelum Bernikah Bukan satu halangan untuk kita mencintai sesorang selepas pernikahan (halal)...malah penuh Barakah... bukan bermakna kita tak mengenali calon kita sebelum bernikah...tetapi haruslah kita mengenalinya melalui orang ketiga... 

sebagai contoh melalui Nukilan Ustazah Fatimah calon yang diperolehi adalah melalui orang ketiga iaitu Pensyarahnya.. c wanita diberikan biodata untuk mengetahui detail berkenaan calon tersebut...malah orang ketiga mengenali rapat calon tersebut dan sangat boleh dipercayai... oleh itu in sya ALLAH... Calon yang diberi boleh jadi yang terbaik jika orang ketiga kita dikalangan orang yang baik-baik(soleh/solehah)...

Setelah di ikat pertunangan tidak bermakna PERTUNANGAN menghalalkan cara...tetapi dalam islam pertunangan adalah perkenalan antara dua keluarga yang belum mengenali antara satu sama lain...batas pergaulan antara pasangan pertunangan perlu dijaga untuk mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T....malah pertunangan dituntun bukan bertahun-tahun lamanya tetapi biarlah dalam tempoh singkat iaitu berberapa bulan agar menghindari fitnah duniawi.


Setelah memasuki Alam Pernikahan bertapa Barkahnya 1ikatan yang tidak pernah duduk bersama dengan rapat tetapi setelah menikah mereka bebas rapat dengan ikatan halal.. walaupun agak kekok tetapi izin ALLAH kerana mereka menjaga batas-batas...mencari Cinta Setelah Pernikahan..Maka Rahmat ALLAH datang dengan Limpahnya... hubungan penuh Barkah terasa... walau baru sehari usia pernikahan seperti rasa bertahun-tahun mengenaili pasangan...itulah hikmah Barkahnya mereka jaga dalam pasangan sebelum pernikhan...betapa pentingnya kita menjaga batas-batas pergaulan antara calon-calon pasangan... untuk mendapatkan keberkataan dari Maha Esa... SubahanaALLAH indah...

Semasa sudah berkeluarga, Si Suami penuhkan suasananya dengan Halaqah walaupun agak bz dengan tugasan harian tetapi pasti ada dalam setiap minggu halaqah bersama si isteri... jika sunnah dalam keluarga sentiasa di titikberatkan...masyaALLAH rumah akan kita rasai "Bayati Jannati" (Rumahku Syurgaku).... gurauan didalam rumah tangga seperti Aisyah dan Rasulullah juga salah satu penyeri rumah tangga...

setelah mendapat Cahaya Mata..bermulalah tanggungjawab dalam membimbing anak-anak...bimbingan anak-anak dizaman penuh moden ini sangat mencabar..banyak dugaan...kita kena terapkan sejak kecil lagi supaya anak-anak kita biasa dengan bimbingan tersebut...bimbingan yang paling utama ialah Bimbingan AGAMA... semoga anak-anak kita akan sentiasa dekat dengan AGAMA....amin...

jika kita pelihara hati kita dengan sebaiknya daripada zina...in sya ALLAH ALLAH akan sentiasa pelihara kita hingga keanak cucu..walau lazimnya pasti ada ujian yang akan memaniskan sebuah hubungan kekeluargaan...Allah berpesan agar kita sentiasa menjauhi Zina...hendaklah kita menghindari zina...agar diri kita terpelihara...jika kita sentiasa memelihari hati kita dari zina in sya ALLAH pasti barakah itu terasa dalam perNikahan yang menghalalkan antara 2 insan in sya ALLAH

“Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar di antara dosa-dosa yang dilarang kamu mengerjakannya, niscaya Kami akan menghapuskan kesalahan-kesalahanmu (dosa-dosamu yang kecil) dan Kami masukkan kamu ke tempat yang mulia (surga)” (An-Nisa’: 31). 

Diriwayat dari Abu Hurairah, nabi bersabda :

Ada tiga golongan (manusia) yang Allah tidak akan berbicara kepada mereka pada hari kiamat dan tidak mensucikan mereka dan tidak melihat kepada mereka, dan bagi mereka siksa yang sangat pedih, yaitu ; Orang tua yang berzina, raja yang pendusta (pembohong) dan orang miskin yang sombong” [Hadits shahih riwayat Muslim]

walaupun sebenarnya banyak lagi yang ingin dikongsikan...tetapi rasanya setakat ini dahulu perkongsian hari ini... in sya ALLAh akan datang akan menyambungnya dengan Izin ALLAH...
Semoga kita sentiasa diberkati dunia akhirat..
Akhir Kalam 
~Wassalam~




Thursday, 27 June 2013

Larangan Rasulullah s.a.w Terhadap Wanita mendedahkan Aurat


Bismillahirrahmannirahim...


Alhamdulillah hari ini berkesempatan untuk ana menulis sedikit berkenaan laranagan Rasulullah s.a.w terhadap wanita dalam mendedahkan aurat.
lama dah tak menaip macam ni.. eheh almaklumlah ana baru sahaja habis alam study dan sekarang baru prektikel. mohon doa kalian smua ya agar ALLAH permudahkan :). Jom kita mulakan perbincangan. In Sya ALLAH

         Dalam islam setiap wanita wajib berhijab atau menutup aurat dari pandagan lelaki bukan muhrim dalam setiap keadaan. Ini bertujuan agar kaum wanita dapat menjaga dan memelihara kehormatan diri. Tambahan pula kaum wanita juga boleh menembulkan fitnah bagi lelaki kerana kecantikan wajahnya.

         Kaum wanita yang berpakaian mendedahkan aurat di khalayak ramai yang bukan muhrim boleh menimbulkan tarikan nafsu sehingga mendorong kepada gejala rogol, zina dan sebagainya. Allah s.w.t mengharamkan kaum wanita memperlihatkan perhiasannya atau auratnya kecuali kepada muhrimnya. Rasulullah s.a.w. melarang keras ke atas kaum wanta islam yang mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrimnya walau dalam keadaan apa jua, kerana perbuatan ini adalah mungkar dan menjatuhkan imej dan kesucian agama islam.

Rasulullah S.A.W. bersabda: 

“Bahawa anak perempuan apabila cukup umurnya, maka tidak boleh dilihat akan dia (auratnya) melainkan mukanya dan dua tangannya sampai pergelangan.” 
(H.R. Abu Daud) 

Dalam hadis lain Rasulullah S.A.W. bersabda: 

“Dari Aisyah r.a bahawa adiknya Aisyah binti Abu Bakar r.a pernah datang menghadap Rasulullah S.A.W. dengan pakaian yang nipis, lalu Rasulullah S.A.W. bersabda: “Apabila seseorang wanita telah baligh tidak boleh lagi terlihat (auratnya) kecuali ini dan itu Rasulullah S.A.W. menunjukkan pada muka dan tapak tangan beliau.” 
(H.R Abu Daud) 

Rasulullah S.A.W. bersabda: 

“Tidak seorangpun perempuan yang melepaskan pakaiannya di rumah bukan suaminya, melainkan dia merobek tabir antara dia dan Tuhannya.” 
(H.R. T’urmuzi) 

Rasulullah S.A.W. bersabda: 

“Dari Ummu Salamah, sesungguhnya Rasulullah S.A.W. bersabda: Siapapun perempuan yang melepaskan pakaiannya bukan di rumahnya sendiri, maka Allah akan merobek daripadanya tabirnya.” 
(H.R Ahmad, Abu Ya’la, Tabrani dan Hakim). 

Rasulullah S.A.W. bersabda: 

“Sesungguhnya termasuk ahli neraka iaitu perempuan-perempuan berpakaian tetapi telanjang (dedah aurat) yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk berbuat maksiat. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.” 
(H.R. Muslim) 

Dalam hadis lain Rasulullah S.A.W. bersabda: 

“Wahai Asma’ sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah baligh maka tidak boleh seorang pun melihat dirinya kecuali ini dan itu sambil Nabi mengisyaratkan kepada muka dan kedua-dua telapak tangan.” 
(H.R. Abu Daud) 

Islam tidak melarang kaum wanita berpakaian cantik dan indah asalkan tidak ada unsur-unsur mendedahkan aurat dan boleh membentuk identiti muslimah yang mukrninah. 

Dipetik dari buku 33 Larangan Rasulullah SAW Terhadap Wanita yang disusun oleh Drs. Hanafi Mohamed, MA terbitan Al-Hidayah Publications.

Nota tambahan

Allah juga pernah berfirman

“Janganlah kamu bertabarruj sebagaimana tabarrujnya orang-orang jahilliyah awal”
(surah Al-Ahzab 33:33)

- Allah melarang kita utk berhias secara berlebihan

Firman Allah  yang bermaksud:

“Dan hendaklah mereka ini melabuhkan tudung kepala mereka atas leher dan dada mereka.”
(surah An-Nur 24:31)

- bukti wajibnya menutup Aurat

Firman Allah SWT  yang bermaksud:

“Hai anak Adam Kami telah menurunkan pakaian kepadamu pakaian  untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik.Yang demikian itu adalah sebahagian dari  tanda-tanda kekuasaan Allah,mudah-mudahan mereka selalu ingat.”
(surah Al-A’raaf 7:26)

- pakaian taqwa bermaksud pakaian yang sempurna dimana semua aurat tertutup :)

Semoga bermanfaat
~Wallahualam~

Wallpaper dakwah (Hasil karya ku)



Bismillahirrahmannirrahim
perkongsian dari hasil karya ana :)
Al Quran
Nisfu Syaaban
Muslimah Solehah
Cinta Matlamat

Salam Jumaat Semua
Surah An-Nur : 26
Jaga Aurat yer sayang!
Ismi Pencinta Illahi
Ustaz Haslin - UMSKAL

Wednesday, 1 May 2013

Al Kesah Rakan Talaqqiku



Hari ni,salah sorang kawan talaqqiku kantoi dengan syeikh yang dia ada berhubung dengan seorang wanita bukan mahram di phone..*yakni couple*...

kemudian syeikh bagi nasihat yang sangat lembut tapi betul-betul menyentuh hati kami semua....

syeikh: kamu suka dia?

fulan: ya syeikh....

syeikh: kamu suka tu suka-suka atau kamu rasa dia memang yang terbaik untuk menjadi teman hidupmu,menjadi ibu untuk anakmu,menjadi pembantu agamamu?

fulan: ya syeikh...pada pandangan saya,dia yang terbaik untuk jadi teman hidup saya dan agama saya...

syeikh: bila kamu akan menikahinya?

fulan: lepas belajar syeikh...dalam 3 tahun lagi...

syeikh: jadi kenapa kamu rosakkan dia?kamu bukan nak menikah sekarang?kamu rosakkan dia sekarang dan 3 tahun akan datang?kenapa kamu jadikan air mutlak menjadi air musta'mal tanpa sebab?bukankah dia wanita suci yang bakal menjadi ibu untuk anakmu?kenapa kamu bercouple dengannya sedangkan jika kamu sukakan dia,dia sukakan kamu,bersabarlah hingga sampai waktu kalian benar-benar ingin menikah kemudian baru kamu jumpa ayahnya dan pinang dia secara suci?bukankah cara itu lebih suci?wanita umpama air mutlak,mereka suci,tetapi apabila mereka mula berhubung dengan lelaki tanpa sebab,apatah lagi ber couple,wanita itu umpama air musta'mal..ia tidak boleh digunakan untuk bersuci tetapi hanya digunakan untuk perkara selain bersuci seperti basuh pinggan,basuh najis,basuh bontot dan sebagainya...apa kamu sanggup ibu untuk anakmu setaraf itu?sesungguhnya wanita ini akalnya pendek,nafsu mereka didepankan atas segalanya,kalau lelaki datang ucapkan kata-kata palsu,mereka akan mempercayainya melebihi mereka percayakan al-quran...sedangkan lelaki memang perangai mereka hanya main-main kecuali mereka benar-benar bersedia untuk nikah,tapi sekiranya mereka belum sedia,contohnya mereka masih belajar dan sebagainya,jelas permainan mereka dengan wanita itu hanya tipu daya,tapi tipu daya semudah itu pun dapat menipu para wanita hingga membawa mereka ke ranjang perzinaan..itu tandanya akal mereka sangat pendek...nabi utuskan para lelaki sebagai penjaga para wanita bukan perosak mereka....bagi kamu,couple,chatting,cakap dalam phone semua itu dosa kecil sedangkan ia jelas haram kerana allah haramkan kita untuk dekati zina....dekati zina pun tak boleh,makna kata kalau kita masih jauh 50km dari zina,tapi 1cm kita gerakkan kaki ke arah zina itu telah haram kerana perintah ini....jadi janganlah pandang remeh perkara zina ini...sesungguhnya ramai yang mati tanpa berzina tetapi di mahsyar kelak buku amalan mereka penuh dengan dosa zina.....apa berbaloi kau bahagia sementara dengan teman wanita yang kau tak ingin nikahi diganti dengan azab neraka yang panasnya 70x ganda api dunia?

PENGANTIN KEMBALI KERAHMATULLAH DI SAAT SUJUD...



Selepas melaksanakan Solat Maghrib, dia mulakan make-up pada wajahnya, memakai pakaian pengantin putih yang cantik, mempersiapkan dirinya untuk majlis perkahwinannya sendiri, kemudian dia terdengar azan ‘Isyak dan menyedari bahawa wuduknya telah terbatal. Lalu dia berkata kepada ibunya: “Mak, saya perlu ambil wuduk dulu dan solat ‘Isyak “

Ibunya terkejut: “Apa kamu gila?!! Tetamu sedang menunggu, untuk melihat kamu! Bagaimana dengan make-up? ! Nanti habis dirosakkan oleh air.”

Tambah ibunya lagi: “Sebagai ibu, mak tak izinkan kamu solat sekarang! Wallahi… jika kamu ambil wuduk sekarang, mak akan tetap memarahi kamu.”

Anak perempuannya menjawab: “Wallahi… saya tidak akan pergi dari sini sehingga saya melakukan solat! Ibu sepatutnya tahu bahawa tidak ada ketaatan kepada mana-mana makhluk agar menderhaka kepada Maha Pencipta.!!”

Ibunya berkata: “Apa kata tetamu nanti jika kamu muncul dalam majlis perkahwinan sendiri tanpa make-up?! Tentu nampak hodoh atau tidak cantik di mata mereka! Mereka pasti akan mentertawakan kamu! “

Sambil tersenyum, anak perempuan itu bertanya: “Adakah ibu bimbang kerana saya tidak cantik di mata mereka? Bagaimana pula dengan Maha Pencipta saya? Saya bimbang kerana, jika saya terlepas solat saya, saya tidak lagi cantik di mata-Nya “
Dia mula berwuduk, dan semua make-up pada wajah telah hilang, tetapi dia tidak peduli.

Kemudian dia memulakan solat itu dan pada masa dia turun untuk sujud, dia tidak sedar bahawa ia akan menjadi satu sujud yang terakhir!

Ya! Beliau meninggal dunia ketika dalam sujud! Pengakhiran yang besar bagi Muslimah yang berkeras untuk mentaati Tuhannya! Ramai antara mereka yang mendengar cerita ini begitu tersentuh!!

Beliau mengutamakan Allah dan ketaatan kepadaNya sebagai yang pertama dalam keutamaan hidup beliau, jadi pengakhiran terbaik yang dianugerahkan oleh Allah pada mana-mana umat Islam yang layak memilikinya!

Saturday, 13 April 2013

92 Soalan Tak Boleh Dijawab . Masya Allah, malunya kpd Allah

Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 

Alhamdulillah hari ni terasa nak kongsi sesuatu lagi topik 92 Soalan Tak Boleh Dijawab . Masya Allah, malunya kpd Allah =(. Siapalah kita? Mampu kah? 
mari perkongsian ana sebagai muhasabah diri kita bersama
Soalan 1 :Siapakah Juara Akademi Fantasia musim pertama?

Soalan 2 : Siapakah artis perempuan Hollywood yang menyanyikan lagu "Beautiful Liar"?

Soalan 3 : Siapakah RAJA LAWAK ?

Soalan 4 : Berikan satu judul lagu terbaru Anuar Zain?

Soalan 5 : Siapakah hos untuk rancangan Melodi terbitan TV3?

Soalan 6 : Apakah nama kumpulan RAP yang terdiri dari 3 orang adik beradik yang terkenal di Malaysia ?

Soalan 7: Siapakah yang menyanyikan lagu "Gemilang"?

Soalan 8 : Siapakah nama isteri Beckham?

Soalan 9 : Siapakah nama laki Siti Nurhaliza?

Soalan 10 : Siapakah penyanyi kakak Siti Nurhaliza yang bertanding dalam AF6?



Bagaimana pula dengan soalan di bawah ini....

Berapa banyak pula, ana dan sahabat-sahabat boleh jawab?

Semakin jauh kita dari landasan yang sepatutnya.. .........
Ya Allah bantulah hambaMu yang lemah ini.

Soal 1: Surah manakah yang jumlah kalimatnya sama dengan seluruh jumlah surah Al-Qur'an?
Jawab: Surah at-Takwir.

Soal 2: Surah manakah yang dikenal dengan sebutan "jantung" Al-Qur'an?
Jawab: Surah Yasin.

Soal 3: Surah manakah yang dikenal dengan silsilah nasab Allah SWT?
Jawab: Surah al-Ikhlash.

Soal 4: Berapakah jumlah surah Al-Qur'an yang memiliki ayat sajdah wajib?
Jawab: Empat surah (as-Sajdah, Fushshilat, an-Najm dan al-'Alaq)

Soal 5: Surah manakah yang dikenal sebagai surah Imam Husain as?
Jawab: Surah al-Fajr.

Soal 6: Surah manakah yang memiliki nama yang sama dengan salah satu nama sungai di Iran
?
Jawab: Surah an-Nur.

Soal 7: Berapa surah yang dimulai dengan ungkapan alhamdulillâh?
Jawab: Lima surah (al-Fatihah, al-An'am, al-Kahfi, Saba ' dan Fathir).

Soal 8: Surah Al-Qur'an manakah yang memiliki sepuluh nama?
Jawab: Surah al-Fatihah.

Soal 9: Siapakah orang pertama yang menulis ilmu Tajwid?
Jawab: Abu 'Ubaid Qasim bin Salam.

Soal 10: Siapakah orang pertama yang telah menerjemahkan Al-Qur'an ke dalam bahasa Persia pada masa Rasulullah saw?
Jawab: Salman al-Farisi.

Soal 11: Siapakah orang pertama yang meletakkan titik di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Abul Aswad ad-Du`ali.

Soal 12: Dalam ayat manakah kalimat Allah diulangi sebanyak enam kali?
Jawab: Surah al-Baqarah ayat 283.

Soal 13: Di dalam ayat manakah tata cara berwudhu dijelaskan?
Jawab: Surah al-Maidah ayat 6.

Soal 14: Di dalam surah manakah shalat lima waktu disebutkan?
Jawab: Surah al-Isra' ayat 78.

Soal 15: Di dalam surah manakah masalah wilayah disebutkan?
Jawab: Surah an-Nisa'.

Soal 16: Surah manakah berakhiran dengan huruf ra'?
Jawab: Surah al-Kautsar.

Soal 17: Surah manakah yang berhubungan dengan Imam Ali as?
Jawab: Surah al-'Adiyat.

Soal 18: Dalam kurun waktu berapa tahunkah surah-surah Madaniah diturunkan?
Jawab: Sepuluh tahun.

Soal 19: Siapakah dua figur wanita di dalam Al-Qur'an yang telah banyak mendapatkan sanjungan Ilahi?
Jawab: Siti Maryam dan Siti Asiyah, istri Fir'aun.

Soal 20: Surah Al-Qur'an manakah yang memiliki arti "wanita yang teruji"?
Jawab: Surah al-Mumtahanah.

Friday, 12 April 2013

Kahwin Muda pandangan dalam islam




Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 

Alhamdulillah hari ini terditik rasa hati ingin mengupdate entry baru dalam blog Al-Hayaah Cinta Illahi ana. Berkesempatan kita hari ini membincangkan satu topik yang agak menarik iaitu "Kahwin Muda". Topik ini adalah permintaan dari sahabat FB ana, yang menginginkan ana mengulas sedikit berkenaan Kahwin Muda pandangan dalam islam. InsyaALLAH.

Bila sebut kahwin, semua mahu kahwin. Tiada yang terindah selain perkahwinan. Kenapa? Bila kahwin dengan cara halal, lelaki dan wanita memang sah halal untuk bersama terutama yang ingin dibelai dengan perasaan cinta dan kasih sayang dan ada yang inginkan perhubungan itu kekal sepanjang hayat. Ada juga yang ingin menjauhkan diri daripada maksiat atau jauhkan diri daripada terkandas dalam jurang penzinaan, ada yang yang ikut sunnah dan ingin berjuang atas dasar Islam. Ada juga kahwin paksa dan paling teruk, kahwin selepas berzina. Tapi kahwin itu satu perkara yang sememangnya digalakkan oleh para Nabi kita.

KELEBIHAN NIKAH
saat akad nikah~dapat PAHALA!
suami peluk isteri~dapat PAHALA!
cium isteri~dapat PAHALA!
renung isteri~dapat PAHALA!
suami bekerja untuk cari rezeki halal untuk isteri~PAHALA!
suami bernafsu tengok isteri~PAHALA!
suami pegang isteri ~PAHALA!
suami marah isteri(untuk menegur)~PAHALA!
suami imamkan isteri~BERLIPAT KALI DARAB TAMBAH kali kuasa dua PAHALA!
suami ajar isteri fardhu ain~PAHALA!
suami setubuh isteri~PAHALA!
main kenyit2 mata dengan isteri~PAHALA!
Allhhurabbi..SERONOKNYA.

Perkahwinan dalam islam telah disyariatkan oleh Al-Quran, Sunnah dan Ijma' Ulama'. 

Firman Allah, 
"Dan kahwinilah orang-orang bujang lelaki & perempuan) dari kalangan kamu dan orang-orang yang soleh dari kalangan hamba-hamba kamu lelaki dan perempuan". 
(Surah An-Nur : 32)

Dalil pensyariatan dari Sunnah, Rasulullah bersabda 
"Wahai para pemuda, sesiapa di antara kamu yang mampu memikul tanggungjawab perkahwinan, hendaklah dia kahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu menahan pandangan dan memelihara kemaluan (kesucian). Bagi sesiapa yang tidak mampu (berkahwin) maka hendaklah dia berpuasa, kerana puasa itu dapat menahan nafsunya" 
(H.R.Bukhari & Muslim)

Para ulama' telah membuat penentuan hukum dengan berdasarkan kepada kedudukan dan kemampuan seseorang untuk mendirikan rumah tangga. Para ulama' telah membahagikannya kepada 4 jenis hukum iaitu wajib, sunat, haram dan makruh.

Sunday, 24 February 2013

7 BACAAN PEMBUKA PINTU REZEKI''

Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 

(1). Memperbanyak Membaca “La hawla Wala Quwwata Illa billah

Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan “La hawla Wala
Quwwata Illa billah"
( HR. At Tabrani )

(2). Membaca ” La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin”

Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).

(3). Melanggengkan Ber-Istighfar

“Barangsiapa melanggengkan beristighfar niscaya Allah akan mengeluarkan dia dari segala kesusahan dan memberikan rezki dari arah yang tidak diduga-duga” 
( HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah )

(4). Membaca Surat Al-Ikhlas

“Barangsiapa mmbaca Surat Al Ikhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya 
( HR. AtTabrani )

(5). Membaca Surat Al-Waqiah

“Barangsiapa mmbaca surat AlWaqiah setiap malam, maka tidakakan ditimpa kesempitan hidup“
(HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab AlIman)

(6). Memperbanyak Shalawat Atas Nabi

“Ubay Bin Ka’ab meriwayatkan , bila telah berlalu sepertiga malam, Rasulullah Salallahu’alaih iwassalam berdiri seraya bersabda : “Wahai Manusia Berdzikirlah Mengingat Allah, berdzikirlah mengingat Allah. Akan datang tiupan (sangkakala kiamat) pertama, kemudian diiringi tiupan kedua. Akan datang kematian dan segala kesulitan didalamnya”

(7). Membaca Subhanallah

wabihamdihi Subhanallahil adziim
…dari setiap kalimat itu seorang malaikat yg bertasbih kepada Allah Ta’ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu” 
(HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)

Sumber : -Ihya Ulumiddin – Imam AL GHAZALI


Saturday, 16 February 2013

Warkah Cinta Untuk Bakal Imam Ku


Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 

Buat: Bakal Zauj yang Masih Menanti kedatang dengan Izin ALLAH 
Dari : Bakal Zaujah Mu (Pemilik Tulang Rusuk mu)

Assalamualaikum.. Apa khabar imanmu? Alhamdulillah.. ALLAH SWT mengizinkan jari jemari ana utk menulis sedikit coretan buatmu, bakal zaujku..moga tinta yg hina ini memberi manfaat buatmu..insya-ALLAH.. dgn izin-Nya jua..

ZAUJKU, 

Hati ini ingin dicintai dan mencintai
Itulah fitrah manusia
Namun aku terlalu takut
Jika aku tersungkur dengan cinta nafsu
Yang hanya memberikan kekecewaan daripada kegembiraan
Tidak seperti cinta hakiki, cinta Illahi
Yang sentiasa memberiku kebahagiaan, keimanan
Juga semangat dalam berjuang untuk aku menggapai cinta-Nya..

Sungguhku tahu diri ini tidak layak dambakan mujahid yang hatinya pada perjuangan Islam
Namun pasti seburuk mana pun seseorang itu pasti akan dambakan yang terbaik
Begitulah juga diriku yang hina dan kerdil ini..

Aku dambakan mujahid berhati perjuangan Islam
Bersemangat dalam dakwahnya
Untuk berjihad di jalan Allah
Memimpin pejuang Islam selain dirinya ke arah-Nya
Agar aku merasa semangatnya dan bersama dalam perjuangan ini..
Aku dambakan mujahid yang faham dan kenal agamanya
Tahu apa hukum hakamnya dan amalkannya
Agar hanya yang halal akan menghiasi rumahtangga kami
Namun tidaklah ku dambakan ustaz mahupun hafiz berjiwa besar
Cukup sekadar mujahid berjiwa tafaqquh fiddin..


Aku dambakan mujahid yang cinta utamanya Allah dan Rasulullah
Agar bertambah kekuatanku untuk sama mencintai-Nya dan Rasul-Nya
Kerana dia akan sering bercerita tentang cintanya kepada Allah dan Rasul-Nya
Yang akan melakar keindahan dalam hubungan kami
Semuanya kerana Allah dan Rasul-Nya..

Aku dambakan mujahid yang yakin pada kepimpinannya
Yang menghiasi keluarga kami dengan kehidupan pasangan muslim yang besar jiwa Islamnya
Agar kami menjadi keluarga bahagia berjiwa Islam
Dengan lahirnya anak soleh dan solehah
Yang menjadi tinggalan setelah kami ‘pergi’
Kerana kurangnya keluarga yang berjiwa Islam pada zaman kini
Yang padaku segalanya bermula daripada si suami
Yang memimpin dan menerapkan Islam dalam keluarganya
Jatuh nakhoda, karamlah kapalnya..

Aku dambakan mujahid yang tinggi rasa tanggungjawabnya
Agar bijak merancang apa yang perlu dalam keluarga kami
Memberi nafkah pada diriku juga kelahiran kami nanti
Membantuku dalam melakukan kerja-kerja kediaman kami
Sungguhpun aku tahu itu tanggungjawabku
Tetapi aku juga mahu dia turut sama membantuku
Untuk meringankan kerjaku..
Aku dambakan mujahid yang ikhlas juga penyayang hatinya
Untuk mencintaiku setulusnya
Menerimaku seadanya
Menegur juga memperbetulkan diriku tika ada salahnya..

Kerana aku akan berusaha untuk mencintaimu setulusnya
Menerimamu seadanya
Menegur dan memperbetul dirimu tika kau ada salahnya
Walau kita tidak pernah bersua juga berbicara cinta sebelum kita bersama
Mencintai dan dicintai kerana Allah...
Wallahua'lam wa insya-ALLAH..
°♥°


Sekadar Perkongsian dari ana :) 
~Wasalam~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...