Thursday, 27 June 2013

Larangan Rasulullah s.a.w Terhadap Wanita mendedahkan Aurat


Bismillahirrahmannirahim...


Alhamdulillah hari ini berkesempatan untuk ana menulis sedikit berkenaan laranagan Rasulullah s.a.w terhadap wanita dalam mendedahkan aurat.
lama dah tak menaip macam ni.. eheh almaklumlah ana baru sahaja habis alam study dan sekarang baru prektikel. mohon doa kalian smua ya agar ALLAH permudahkan :). Jom kita mulakan perbincangan. In Sya ALLAH

         Dalam islam setiap wanita wajib berhijab atau menutup aurat dari pandagan lelaki bukan muhrim dalam setiap keadaan. Ini bertujuan agar kaum wanita dapat menjaga dan memelihara kehormatan diri. Tambahan pula kaum wanita juga boleh menembulkan fitnah bagi lelaki kerana kecantikan wajahnya.

         Kaum wanita yang berpakaian mendedahkan aurat di khalayak ramai yang bukan muhrim boleh menimbulkan tarikan nafsu sehingga mendorong kepada gejala rogol, zina dan sebagainya. Allah s.w.t mengharamkan kaum wanita memperlihatkan perhiasannya atau auratnya kecuali kepada muhrimnya. Rasulullah s.a.w. melarang keras ke atas kaum wanta islam yang mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrimnya walau dalam keadaan apa jua, kerana perbuatan ini adalah mungkar dan menjatuhkan imej dan kesucian agama islam.

Rasulullah S.A.W. bersabda: 

“Bahawa anak perempuan apabila cukup umurnya, maka tidak boleh dilihat akan dia (auratnya) melainkan mukanya dan dua tangannya sampai pergelangan.” 
(H.R. Abu Daud) 

Dalam hadis lain Rasulullah S.A.W. bersabda: 

“Dari Aisyah r.a bahawa adiknya Aisyah binti Abu Bakar r.a pernah datang menghadap Rasulullah S.A.W. dengan pakaian yang nipis, lalu Rasulullah S.A.W. bersabda: “Apabila seseorang wanita telah baligh tidak boleh lagi terlihat (auratnya) kecuali ini dan itu Rasulullah S.A.W. menunjukkan pada muka dan tapak tangan beliau.” 
(H.R Abu Daud) 

Rasulullah S.A.W. bersabda: 

“Tidak seorangpun perempuan yang melepaskan pakaiannya di rumah bukan suaminya, melainkan dia merobek tabir antara dia dan Tuhannya.” 
(H.R. T’urmuzi) 

Rasulullah S.A.W. bersabda: 

“Dari Ummu Salamah, sesungguhnya Rasulullah S.A.W. bersabda: Siapapun perempuan yang melepaskan pakaiannya bukan di rumahnya sendiri, maka Allah akan merobek daripadanya tabirnya.” 
(H.R Ahmad, Abu Ya’la, Tabrani dan Hakim). 

Rasulullah S.A.W. bersabda: 

“Sesungguhnya termasuk ahli neraka iaitu perempuan-perempuan berpakaian tetapi telanjang (dedah aurat) yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk berbuat maksiat. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.” 
(H.R. Muslim) 

Dalam hadis lain Rasulullah S.A.W. bersabda: 

“Wahai Asma’ sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah baligh maka tidak boleh seorang pun melihat dirinya kecuali ini dan itu sambil Nabi mengisyaratkan kepada muka dan kedua-dua telapak tangan.” 
(H.R. Abu Daud) 

Islam tidak melarang kaum wanita berpakaian cantik dan indah asalkan tidak ada unsur-unsur mendedahkan aurat dan boleh membentuk identiti muslimah yang mukrninah. 

Dipetik dari buku 33 Larangan Rasulullah SAW Terhadap Wanita yang disusun oleh Drs. Hanafi Mohamed, MA terbitan Al-Hidayah Publications.

Nota tambahan

Allah juga pernah berfirman

“Janganlah kamu bertabarruj sebagaimana tabarrujnya orang-orang jahilliyah awal”
(surah Al-Ahzab 33:33)

- Allah melarang kita utk berhias secara berlebihan

Firman Allah  yang bermaksud:

“Dan hendaklah mereka ini melabuhkan tudung kepala mereka atas leher dan dada mereka.”
(surah An-Nur 24:31)

- bukti wajibnya menutup Aurat

Firman Allah SWT  yang bermaksud:

“Hai anak Adam Kami telah menurunkan pakaian kepadamu pakaian  untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik.Yang demikian itu adalah sebahagian dari  tanda-tanda kekuasaan Allah,mudah-mudahan mereka selalu ingat.”
(surah Al-A’raaf 7:26)

- pakaian taqwa bermaksud pakaian yang sempurna dimana semua aurat tertutup :)

Semoga bermanfaat
~Wallahualam~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...