Alhamdulillah hari ini terditik rasa hati ingin mengupdate entry baru dalam blog Al-Hayaah Cinta Illahi ana. Berkesempatan kita hari ini membincangkan satu topik yang agak menarik iaitu "Kahwin Muda". Topik ini adalah permintaan dari sahabat FB ana, yang menginginkan ana mengulas sedikit berkenaan Kahwin Muda pandangan dalam islam. InsyaALLAH.
Bila sebut kahwin, semua mahu kahwin. Tiada yang terindah selain perkahwinan. Kenapa? Bila kahwin dengan cara halal, lelaki dan wanita memang sah halal untuk bersama terutama yang ingin dibelai dengan perasaan cinta dan kasih sayang dan ada yang inginkan perhubungan itu kekal sepanjang hayat. Ada juga yang ingin menjauhkan diri daripada maksiat atau jauhkan diri daripada terkandas dalam jurang penzinaan, ada yang yang ikut sunnah dan ingin berjuang atas dasar Islam. Ada juga kahwin paksa dan paling teruk, kahwin selepas berzina. Tapi kahwin itu satu perkara yang sememangnya digalakkan oleh para Nabi kita.
KELEBIHAN NIKAH
saat akad nikah~dapat PAHALA!
suami peluk isteri~dapat PAHALA!
cium isteri~dapat PAHALA!
renung isteri~dapat PAHALA!
suami bekerja untuk cari rezeki halal untuk isteri~PAHALA!
suami bernafsu tengok isteri~PAHALA!
suami pegang isteri ~PAHALA!
suami marah isteri(untuk menegur)~PAHALA!
suami imamkan isteri~BERLIPAT KALI DARAB TAMBAH kali kuasa dua PAHALA!
suami ajar isteri fardhu ain~PAHALA!
suami setubuh isteri~PAHALA!
main kenyit2 mata dengan isteri~PAHALA!
Allhhurabbi..SERONOKNYA.
Perkahwinan dalam islam telah disyariatkan oleh Al-Quran, Sunnah dan Ijma' Ulama'.
Firman Allah,
"Dan kahwinilah orang-orang bujang lelaki & perempuan) dari kalangan kamu dan orang-orang yang soleh dari kalangan hamba-hamba kamu lelaki dan perempuan".
(Surah An-Nur : 32)
Dalil pensyariatan dari Sunnah, Rasulullah bersabda
"Wahai para pemuda, sesiapa di antara kamu yang mampu memikul tanggungjawab perkahwinan, hendaklah dia kahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu menahan pandangan dan memelihara kemaluan (kesucian). Bagi sesiapa yang tidak mampu (berkahwin) maka hendaklah dia berpuasa, kerana puasa itu dapat menahan nafsunya"
(H.R.Bukhari & Muslim)
Para ulama' telah membuat penentuan hukum dengan berdasarkan kepada kedudukan dan kemampuan seseorang untuk mendirikan rumah tangga. Para ulama' telah membahagikannya kepada 4 jenis hukum iaitu wajib, sunat, haram dan makruh.