Tuesday, 26 June 2012

KEINDAHAN WANITA SOLEHAH


Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarokatuh

Bismillahirrahmanirrahiim


Sahabatku yang kukasihi..
Dunia ini akan sepi dan tiada tiada keindahan tanpa wanita, sebab perhiasan yang terindah di dunia ini adalah wanita/isteri solehah yang sanggup tersenyum dalam kesusahan, Mendapat kekuatan melalui doa, menenangkan hatinya melalui istighfar, Mendidik diri melalui solatnya. Susah baginya itu tarbiyyah, Sabar itu indah SUBHANALLAH

CIRI KHAS WANITA SOLEHA

1.Kuat agamanya

2.Baik akhlaqnya

3.Tegas menjaga maruah

4.Amanah (tidak khianat)

5.Tidak boros

6.Tidak liar matanya

7.Terbatas pergaulannya

8.Tenang pergerakannya

9.Bertanggungjawab

10.Menutupi auratnya.


Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda :
Wanita itu dinikahi karena empat hal. Iaitu kerana harta,kturunan,kcntikan dan agamanya.Dapatkanlah wanita yang berpegang teguh dgn agama(jika tdk) nescaya kedua-dua tanganmu berlumur debu."(HR.aL Bukhori dlm"Kitaabun Nikah",9/115)

Saudaraku..
Janganlah kamu mengahwini wanita kerana ingin melihat kecantikannya, mungkin kecantikan itu akan membawa kerosakan terhadap diri sendiri dan janganlah mengharapkan harta kekeyaannya kerana mungkin dengan harta itu mereka menjadi sombong tetapi kahwinilah mereka itu kerana agama dan sesungguhnya hamba perempuan yang hitam lebih baik asalkan ia beragama”.
(Riwayat Ibnu Majah dan Baihaqi)

Akhi wa ukhti yang kusayangi keranaNya,
Seorang wanita patut dilindungi dan di tutupi,dari keluar mendedahkan diri dan kecantikan mereka dari org yang bukan mahramnya.

Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala:
Katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman agar menundukkan pandangan mereka...”(QS An-Nur: 31)

Ibnu Mas’ud r.a. telah memberitakan bahawa
Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda :
”Seseorang wanita patut ditutupi kerana apabila dia keluar, syaitan akan memandangnya.” (HR Tirmidzi)

Hasan Al-Basri r.a. memberitahu bahawa dia telah mendengar
Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda :
Allah melaknati orang yang memandang kepada seseorang wanita asing dan juga seseorang yang dipandang itu.”

Abu Musa r.a. telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: ”Mata yang memandang kepada seseorang lelaki atau wanita asing dengan niat buruk adalah penzinaan dan seseorang wanita yang mewangikan dirinya dan kemudiannya lalu di hadapan khalayak lelaki adalah tiada bezanya." (HR Tirmidzi & Abu Dawud)

Sayyidina Ali berkata: “Adakah kamu tidak merasa malu? Adakah kamu tidak merasa cemburu? Salah seorang daripada kamu membiarkan isterinya keluar di kalangan para lelaki ajnabi. Dia melihat kepada mereka dan mereka dapat melihat kepadanya.” (Hukum Wanita Bermusafir, Syeikh Nuruddin Merbu Banjar al-Makki)

Wahai perhiasaan dunia terindah.
Janganlah mengenakan pakaian yang menyerupai pakaian lelaki dan jangan kamu mendedahkan aurat dan suara2 merdumu dengan menyanyi dan bersyair,

Dari Abu Said r.a. bahwa Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda :
Janganlah seseorang lelaki itu melihat kepada auratnya orang lelaki lain, jangan pula seseorang wanita melihat auratnya orang wanita lain. Jangan pula seseorang lelaki itu berkumpul tidur dengan orang lelaki lain dalam satu pakaian dan jangan pula seseorang wanita itu berkumpul tidur dengan orang wanita lain dalam satu pakaian." (HR Muslim)

Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda:
.Wanita-wanita yang berpakaian namun telanjang, berjalan sambil berlenggak-lenggok, kepala mereka bagaikan punuk unta, mereka tidak akan masuk syurga dan tidak pula dapat mencium wanginya, padahal wangi syurga dapat tercium dari jarak sekian dan sekian." (HR Muslim)

Ibnu Mulaika r.a. memberitahu bahawa apabila seseorang menyatakan kepada Aisyah r.a. bahawa seorang wanita sedang memakai sandal (kasut lelaki), maka dia menjawab bahawa Rasulullah melaknati wanita yang bersifat kelakian.(HR Abu Dawud)

Ibnu Abi Dunya dan Baihaqi telah memberitakan dari Ash Shabi bahawa
Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda:”Laknatlah kepada penyanyi-penyanyi perempuan dan kepada sesiapa yang mereka nyanyikan.”

Wahai Bidadarinya dunia
Jagalah kecantikan dan ke Anggunganmu yang Allah telah Amanahkan Padamu jangan dicemarinya, jagalah keindahan dan perhiasan kalian

Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda:
"Di antara wanita-wanita di dunia ini ada yang kecantikannya melebihi dari bidadari kerana amal perbuatannya ketika di dunia."(Tanbihul Ghafilin, Abu Laits As-Samarqandi)

Abu Hurairah r.a. berkata:
Demi Allah yang menurunkan kitab pada Muhammad Shallallahu alaihi wasallam .Sesungguhnya ahli syurga tiap saat bertambah elok cantiknya, sebagaimana dahulu di dunia bertambah tua." (Tanbihul Ghafilin, Abu Laits As-Samarqandi)

Wahai Mujahidahku pengorbananmu teramat agung
Kamu juga adalah (mujahidah) sebab perjuangan kamu menjaga amanah suami-suami kamu adalah menyamai jihadnya seorang Mujahid yang gugur di medan juang Sebagai pejuang terbilang.

Anas Radiallahu anhu. berkata :
Bahawa suatu ketika sekumpulan wanita datang menghadap Rasulullah dan berkata: “Ya Rasulullah, kaum lelaki telah memperoleh banyak pahala dengan ikut serta dalam jihad.Tunjukkan kepada kami suatu amalan yang dapat membantu kami memperoleh pahala sebagaimana yang telah dicapai oleh para mujahid." Rasulullah SAW bersabda:“Seorang di antara kamu yang tinggal di rumahnya menjaga malu dan kehormatannya akan mmperoleh pahala jihad.(Musnad Bazzar)

Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda :
Jika seorang wanita solat lima waktu, puasa di bulan (Ramadhan), menjaga kemaluannya, dan taat kepada suaminya, maka akan dikatakan kepadanya: ”Masuklah kamu ke dalam syurga dari pintu syurga mana saja yang kamu kehendaki.” (HR Ahmad)

Wahai pewaris kecantikan Hawa
Kalian ditakdirkan membawa fitnah untuk kaum Adam,sebab itu terpaksalah kalian menerima hakikat ini,tapi kaum Adam yakin kalian boleh mempertahankan segala kehormatan dan marwah marwah kalian sebelum kalian jadi Halal,

Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda :
Aku tidak meninggalkan sesudahku fitnah bagi kaum lelaki lebih berbahaya dari perempuan.” (Muttafaqun Alaih)

Dari Ma’al bin Yasir r.a.,bahwa Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda :
Lebih baik bagimu jika sebuah paku baja ditancapkan ke kepalamu daripada engkau menyentuh wanita yang tidak dihalalkan bagimu.”(HR Thabrani & Baihaqi)

Dari Ibnu Abbas r.a.bahawasanya
Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda :
Janganlah sekali-kali seseorang lelaki di antara engkau semua itu menyendiri dengan seorang wanita, melainkan haruslah ada mahramnya beserta wanita tadi.
(Muttafaqun Alaih)

Ibnu Umar r.a. meriwayatkan bahawa
Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda :
Sesungguhnya malu dan iman adalah dua bersaudara. Jika salah satunya hilang, maka yang lainnya dengan sendirinya akan hilang.” (HR Baihaqi)

p/s: UKHTIKU RENUNG DAN BERUSAHALAH UNTUK MENGAMALKAN INSYA ALLAH.. PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI JUGA.. WASSALAM

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...