MENCARI LAILATUL QADAR DI SEPULUH MALAM TERAKHIR RAMADHAN
Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .
Setiap kali bulan Ramadhan, selalu kita mengimpikan untuk menemui malam yang cukup istimewa, Malam Lailatul Qadar. Dimana menurut banyak keterangan bahawa Malam Lailatul Qadar itu terjadi pada 10 malam terakhir di bulan Ramadhan.
Dimana dimalam itu lebih baik dari seribu bulan, dengan kita beribadah dimalam tersebut. Dan bukankah disetiap hari itu baik, asalkan kita isi dengan berzikir kepada Allah SWT.Malam Lailatul Qadar sering di sebut malam seribu bulan, bahkan kalau yang melakukan ibadah dimalam tersebut pahalanya sama dengan ibadah seribu bulan.
Firman Allah SWT: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) itu pada malam al-Qadar. Apakah cara yang membolehkan engkau mengetahui kebesaran lailatulqadar itu? Lailatul qadar ialah malam yang paling baik berbanding 1,000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar. (al-Qadr: 1-5).
Sayyid Qutub dalam tafsir Fi Dzilalil Quran menyatakan, malam Lailatul Qadar bermandikan cahaya Allah, cahaya malaikat, dan cahaya roh sampai terbit cahaya fajar. Rasulullah saw. menyuruh kita menghidupkan malam itu,”Barangsiapa bangun untuk ibadah di malam Lailatul Qadar, dengan iman dan harapan, akan diampuni dosa-dosanya yang lampau.”
Apakah Lailatul Qadar?Makna Al-Qadr, menurut sebahagian ulama berpendapat ia bermaksud pengagungan. Disini dapat kita fahami bahawa Malam Lailatul Qadar bermaksud malam yang memiliki keagungan kerana diturunkan al-Quran pada malam tersebut, turunnya para malaikat, melimpahnya rahmat dan keampunan Allah serta Allah akan menganugerahkan keagungan (kemuliaan) kepada mereka yang beribadat pada malam itu.
Al-Qadr juga bermaksud penetapan. Oleh itu, Lailatul Qadar juga bermaksud malam penetapan segala urusan yang bakal berlaku pada tahun berikutnya.
Bilakah Berlaku Lailatul Qadar? Sabda Rasulullah SAW: Carilah lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil daripada 10 malam terakhir di bulan Ramadan. (riwayat al-Bukhari di dalam sahihnya, 2017)
Dalam sabdanya yang lain baginda SAW menyebut: Carilah (lailatulqadar) pada 10 malam terakhir. Jika seseorang kamu lemah atau tidak mampu, janganlah Dia kalah (putus asa) mencarinya pada baki tujuh malam terakhir. (riwayat Muslim di dalam Sahihnya, 1165). Daripada kombinasi hadis di atas dapat kita simpulkan bahawa, kita sepatutnya menggandakan ibadah pada malam yang ganjil bermula 10 malam terakhir pada bulan Ramadan terutamanya pada malam ke 23, 25, 27 dan 29.
Sumber: Mencari Lailatul Qadr'.Tazkirah Imam Jemputan Di Masjid Taman Perumahan Saia.
~Wallahualam~
No comments:
Post a Comment