Friday, 18 January 2013

Rasulullah SAW Berdialog Dengan Iblis



Disini ana nak kongsi satu cerita yang ana baca daripada sebuah buku iaitu "AKU SANGGUP DUHAI MUHAMMAD" dtulis oleh MUHD NASRUDDIN DASUKI. Semua yang ana highlightkan itu adalah dialog yang perlu kita semua tahu.
 
 
Pada satu hari Rasulullah SAW baru keluar dari masjid untuk pulang ke rumah. Sebaik sahaja Rasulullah SAW keluar dari pintu masjid, Rasulullah SAW telah bertemu dengan iblis. Rasulullah segera menegur iblis.
"Hai iblis, apakah yang menyebabkan engkau datang ke pintu masjid ini?"
"Wahai Muhammad, Allah telah menyuruh aku supaya datang ke mari", beritahu iblis tanpa berselindung.
  "Untuk apa?" Tanya Rasulullah SAW yang tidak menyenangi kehadiran iblis yang juga musuh ketatnya.
  Lalu segera dijawab iblis, "Supaya engkau bertanya kepadaku mengenai apa sahaja supaya engkau tahu."
  "Baiklah. Mengapa engkau selalu menghalangi umatku daripada mengerjakan solat berjemaah ?" Tanya Rasulullah SAW kepada Iblis.
"Wahai Muhammad, apabila umatmu keluar untuk mengerjakan solat berjemaah, aku berasakan diriku teramat panas dan tidak akan hilang selagi mereka mengubah fikiran untuk ke tempat lain," jawab iblis.
"Hai iblis, mengapa pula engkau menghalangi umatku daripada membaca al-Quran?"
"Wahai Muhammad, apabila umatmu membaca al-Quran aku berasakan dariku menjadi hancur lebur seperti timah sedang dibakar." Iblis menjawab.
Kemudian Rasulullah SAW bertanya lagi, "Hai iblis, mengapa engkau menghalangi umatku untuk berjuang ke jalan Allah?"
Lalu dijawab iblis, "Wahai Muhammad, apabila umatmu keluar untuk berjuang, kaki tanganku akan terikat sehingga mereka kembali daripada perjuangan.
"Wahai Muhammad, apabila umatmu mengerjakan haji, aku akan terikat dengan rantai yang membelenggu dan apabila mereka hendak bersedekah maka di atas kepalaku terletak satu gergaji yang menggergaji kepalaku seperti kayu sedang digergaji." Jawab Iblis.
  Pada satu ketika yang lain, iblis telah datang kepada Rasulullah SAW dengan menyamar sebagai seorang tua yang bersih sedang memegang tongkat.
  "Siapakah engkau wahai orang tua?" Tanya Rasulullah SAW.
  "Aku adalah iblis," jawab lelaki tua itu.
  "Mengapa pula engkau datang ke mari?"
  "Sesungguhnya Allah telah memerintahkan aku datang kepadamu bagi menjawab beberapa persoalan yang belum aku jawab." jawab iblis lagi.
"Baiklah iblis. Aku ingin tahu berapa ramaikah musuhmu daripada umatku?"
"Ada lima musuhku daripada umatmu."
"Siapakah mereka yang engkau maksudkan itu, hai iblis?"
Lalu jawab iblis, "Mereka ialah :
 
Engkau sendiri hai Muhammad
Imam atau pemimpin yang adil
Orang Kaya yang merendah diri 
Pedagang yang jujur
Orang alim yang mengerjakan solat dengan khusyuk
Orang mukmin yang suka memberi nasihat
Orang mukmin yang suka berkasih sayang
Orang yang selalu bertaubat
Orang yang warak dan sering meninggalkan perkara haram
Orang mukmin yang selalu bersuci
Orang mukmin yang banyak sedekahnya
Orang mukmin yang baik akhlaknya
Orang mukmin yang memberi manfaat kepada orang lain
Orang yang hafal al-Quran dan membacanya selalu.
Orang mukmin yang mengerjakan solat malam ketika orang lain tidur."
 
Setelah iblis menjawab, Rasulullah SAW bertanya lagi,
"Siapakah pula teman-temanmy, iblis?"
Iblis menjawab, "Wahai Muhammad. Ada 10 teman. Mereka ialah :
 
Hakim yang tidak adil
Orang kaya yang sombong
Pedagang yang suka menipu
Peminum arak
Orang yang memutuskan tali persaudaraan
Mereka yang memakan harta riba
Mereka yang memakan harta anak yatim
Orang yang mempermudahkan solat
Orang yang enggan membayar zakat
Orang yang banyak berangan-angan."
 
  Kemudian Rasulullah SAW bertanya lagi, "Siapakah pula bala tenteramu, iblis?"
"Kalau engkau mahu tahu, tenteraku ialah mereka yang bersifat rakus, muazinku ialah orang yang salah bacaam al-Qurannya, pembacaku ialah penyanyi dan mereka yang menyetujuiku ialah orang yang menghiris, menoreh muka, badan dan tangannya kemudian dibubuh nila atau orang yang meminta dibuat demikian."


2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...