SURAH AN-NISA’ : 58
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah Dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.”
Assalammualaikum sahabat ana semua...alhamdulillah ana masih bernafas untuk meneruskan lagi sedikit coretan yang ana akan kongsi sedikit pada pagi ini. Baru sahaja tadi ana di lantik oleh akhi azwar untuk melaksanakan satu tanggungjawab dan amanah dalam menjaga satu group dakwah Sahabat Istimewa agar group itu sentiasa dalam peliharaNya dan tidak ada pendebatan dan ukhuwah sentiasa terjalin.InsyaALLAH ana akan usaha untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut. pada pagi ini ada sedikit informasi berkenaan Tanggungjawab dan amanah koleksi daripada JAKIM.jom sama-sama kita baca apa huraian sebenar terhadap tajuk di atas.
Huraian
Setiap orang memikul tanggungjawab untuk menunaikan amanah. Sebagai hamba Allah S.W.T, kita mesti menyempurnakan segala hak Allah S.W.T. Sebagai manusia yang sentiasa berinteraksi dengan manusia lain, kita juga perlu menunaikan amanah yang berkaitan dengan hak-hak manusia. Sehubungan itu, amanah yang dipertanggungjawabkan ke atas kita mempunyai pelbagai bentuk. Maka kita juga bebas menyempurnakan amanah-amanah tersebut dengan pelbagai cara. Bagi ibu bapa, anak-anak merupakan amanah Allah S.W.T yang mesti dipelihara dan dididik dengan akhlak yang mulia. Begitu juga sebaliknya. Anak-anak mesti berbakti kepada ibu bapa semasa mereka masih hidup ataupun telah meninggal dunia. Setiap orang bertanggungjawab dan akan dinilai sejauh mana ia menunaikan tanggungjawabnya dengan penuh amanah. Bahkan Islam menganggap orang yang tidak beramanah sebagai orang yang tidak sempurna imannya. Sejarah membuktikan bahawa Nabi Muhammad s.a.w mudah menyebarkan risalah Islam kerana baginda dari awal lagi dikenali sebagai seorang yang sangat beramanah atau “al-Amin”. Sifat mulia ini Nabi buktikan sehingga ke akhir hayat. Semasa baginda merayakan kejayaan membuka semula Kota Mekah, baginda mengambil kunci Kaabah dari penyimpan kunci Kaabah, Othman bin Talhah dan seterusnya membersihkan Kaabah dari segala imej kekufuran. Setelah selesai, baginda menyerah kembali kuncinya walaupun Islam berada di pihak yang menang. Apa yang penting matlamat asal untuk membersihkan akidah telah tercapai.
KESIMPULAN
Jelas terbukti bahawa akidah yang suci mampu membina sifat amanah yangmulia. Orang yang amanah dikasihi Allah S.W.T dan digemari oleh manusia. Wallahualam
No comments:
Post a Comment