Monday, 20 February 2012

Sunnah Rasulullah S.A.W Ketika Bersugi



Waktu yag digalakkan Bersugi

kata Rasulullah S.A.W:

"Sekiranya tidak membebankan umatku nescaya aku akan memerintahkan mereka bersugi setiap kali ingin solat" (Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim)

Seorang Muslim sekurang-kurangnya bersugi sebanyak 20 kali sehari iaitu ketika solat lima waktu, sola-solat sunat rawatib, solat dhuha, witir dan ketika masuk ke rumah kerana Rasulullah S.A.W. memulakan memasuki rumah dengan bersugi sebagaimana hadis yang direkodkan oleh Imam Muslim dari Aishah RA, begitu juga ketika membaca al-Quran, ketika mulut berbau, ketika bangki dari tidur dan ketika berwuduk.

Rasulullah S.A.W berkata 

"Bersugi adalah menyucikan mulut dan mendapat keredaan Allah".
(Direkodkan oleh Imam Ahmad)

oleh itu seseorang yang sentiasa mengamalkan sunnah ini akan mendapat keredaan ALLAH S.W.T dan mulutnya sentiasa bersih dari kekototan.


2 comments:

  1. Assalamualaikum...maaf ye...adakah bersugi dan memberus gigi amalan yang sama?

    ReplyDelete
  2. wasalam...bersugi dan memberus gigi adalah 1fungi yg sama untuk membersihkan mulut...so dia amalan sama..cuma masa zaman Rasulullah xada berus gigi hanya ada kayu sugi...Selamat beramal ^^

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...