Wednesday 29 August 2012

Puasa 6 Di Bulan Syawal

Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 


Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud) : Barang siapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dan meneruskannya dengan enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seolah-olah berpuasa selama setahun. (Hadis riwayat Muslim).

Hadis ini menjadi hujah kepada para ulama khususnya dan umat Islam seluruhnya untuk mengamalkan puasa sebanyak enam hari di bulan Syawal selepas berjaya menempuhi bulan Ramadhan dengan berpuasa sebulan penuh.

Hikmah Dari Segi Kesihatan

Sebenarnya puasa enam hari ini mempunyai beberapa hikmah yang tertentu dari sudut kesihatan manusia itu sendiri. Puasa selama sebulan penuh di bulan Ramadhan antaranya menyebabkan sistem pencernaan di dalam badan berehat seketika di waktu siang selama sebulan.

Saturday 18 August 2012

Salam Lebaran

Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 

Di Kesempatan ini saya ingin Menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf jika ada kelakuan saya yang menguris hati sepanjang perkenalan kita. 
Ampun Maaf Dipinta kepada
SEMUA SAHABAT FACEBOOK & BLOGGER

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin Kami Ucapkan
~Al-Hayaah~


Thursday 9 August 2012

Sudikah Awak Menjadi Isteri keDua Saya?



ヾ(▰˘◡˘) Sudikah awak jadi ISTERI KEDUA saya??will u marry me?? 

♥•ツ TAK BACA RUGI.IMAN CAKAP KALAU AWAK TAK BACA AWAK RUGI.TAK NAK DENGAR XPE,BACA JER :) HEEE <--- TETIBE CAPS LOCK XLEH OFF -.-''


“Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Fikri tegas dan yakin.

Tiba-tiba mata Fulanah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

“Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!” pekik Fulanah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fulanah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fulanah langsung tidak selari dengan penampilannya.

“Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya…” Fulanah mula sebak.

“Tak. Maksud saya…”

“Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!” potong Fulanah dengan kasar.

“Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?” suara Fulanah semakin tinggi, setinggi egonya.

Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu ‘Fulanah’ di sebalik Fulanah yang dia kenal selama ini.

Fulanah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya yang berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.

Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

“Ada hikmah,” bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fulanah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang Muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.

Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai Muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fulanah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fulanah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.

Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fulanah nampak seperti tiada jalan penyelesaian.

PETUA IMAM GHAZALI DALAM MENCARI MALAM LAILATUL QADR

Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .


Lailatul Qadr atau Malam Ketetapan adalah satu malam penting yang terjadi pada bulan Ramadhan, yang dalam Al-Quran digambarkan sebagai malam yang baik dari 1000 bulan. 
Dan juga diperingati sebagai malam diturunkan al-Quran.

Tanda-tanda malam Lailatul Qadr
Pesan junjungan besar Nabi Allah, Muhammad S.A.W adalah malam berlaku pada satu malam daripada 10 malam terakhir (hari ganjil) bulan Ramadhan.

Petua Imam Ghazali dan untuk mencari malam Lailatul Qadr;

Jika awal Ramadhan jatuh pada hari:
Ahad atau Rabu malam Lailatul Qadr dijangka berlaku pada malam 29 Ramadhan
Isnin - 21 Ramadhan
Selasa atau Jumaat - 27 Ramadhan
Khamis - 25 Ramadhan
Sabtu - 23 Ramadhan
( Petua ini juga digunapakai oleh lain-lain ulama'. Seperti yang saia dapat tahu melalui beberapa tazkirah sebelum ini )

Kata Sheikh Abu Hassan, pabila mula akhil baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan Lailatul Qadr pada malam yang tepat mengikut petua diatas. Tetapi sebolehnya, carilah malam Qadr pada malam-malam ganjil yang lain juga. janganlah ibadat pada malam ini seja. 

Tanda-tanda Lailatul Qadr
Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas
Siangnya cahaya matahari warnanya pucat
Pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat dan tandanya ialah tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak.

~Wallahualam~

MENCARI LAILATUL QADAR DI SEPULUH MALAM TERAKHIR RAMADHAN

Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .


Setiap kali bulan Ramadhan, selalu kita mengimpikan untuk menemui malam yang cukup istimewa, Malam Lailatul Qadar. Dimana menurut banyak keterangan bahawa Malam Lailatul Qadar itu terjadi pada 10 malam terakhir di bulan Ramadhan.

Dimana dimalam itu lebih baik dari seribu bulan, dengan kita beribadah dimalam tersebut. Dan bukankah disetiap hari itu baik, asalkan kita isi dengan berzikir kepada Allah SWT.
Malam Lailatul Qadar sering di sebut malam seribu bulan, bahkan kalau yang melakukan ibadah dimalam tersebut pahalanya sama dengan ibadah seribu bulan.

 Firman Allah SWT: 
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) itu pada malam al-Qadar. Apakah cara yang membolehkan engkau mengetahui kebesaran lailatulqadar itu? Lailatul qadar ialah malam yang paling baik berbanding 1,000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar. 
(al-Qadr: 1-5).

Sayyid Qutub dalam tafsir Fi Dzilalil Quran menyatakan, malam Lailatul Qadar bermandikan cahaya Allah, cahaya malaikat, dan cahaya roh sampai terbit cahaya fajar. Rasulullah saw. menyuruh kita menghidupkan malam itu,
”Barangsiapa bangun untuk ibadah di malam Lailatul Qadar, dengan iman dan harapan, akan diampuni dosa-dosanya yang lampau.”

Apakah Lailatul Qadar?
Makna Al-Qadr, menurut sebahagian ulama berpendapat ia bermaksud pengagungan. Disini dapat kita fahami bahawa Malam Lailatul Qadar bermaksud malam yang memiliki keagungan kerana diturunkan al-Quran pada malam tersebut, turunnya para malaikat, melimpahnya rahmat dan keampunan Allah serta Allah akan menganugerahkan keagungan (kemuliaan) kepada mereka yang beribadat pada malam itu.

Thursday 2 August 2012

Ujian ialah Hidayah Dari ALLAH


Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .



Dalam kehidupan seharian manusia tidak sesekali terlepas daripada kesusahan hidup. Hanya bagi mereka yang selalu bersabar akan menempuhi segala kesusaha hidup ini dengan tenang dan yakin segala kesusahan ini ada hikmah sebaliknya. Mereka yakin bahawa setiap liku kehidupan ini jika dilalui dengan sifat-sifat sabar, Allah S.W.T akan membalasnya dengan seribu kali kesenangan dan maka terimalah berita-berita gembira bagi orang-orang yang selalu bersabar seperti mana firaman Allah yang bemaksud:

“Demi sesungguhnya Kami menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan lapar (dengan berlakunya) kekurangan harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar.” ( Al-Baqarah, ayat 155)

Hakikatnya manusia sentiasa diuji Allah SWT untuk melihat sejauh mana keimanan dan keyakinan mereka kepada-Nya. Apakah kita ini seorang yang bersikap sabar dan cekal hatinya atau mudah goyah imannya apabila diuji dengan pelbagai dugaan di dunia yg sementara ini?

Ujian Allah SWT kepada hamba-Nya meliputi semua peringkat usia, pangkat dan ujian ini Allah berikan tidak mengira tua muda, miskin kaya, mahupun pemimpin tertinggi atau rakyat biasa. Semuanya tidak terkecuali daripada mendapat ujian Allah SWT. Oleh yang demikian, kita sebagai hamba-Nya hendaklah sentiasa bersabar dan bersyukur dalam keadaaan apa sekalipun kerana seseorang yang beriman itu meyakini setiap ujian itu satu penghapusan dosa dari Allah S.W.T.

Sejarah menunjukkan sepanjang 400 tahun umur Firaun di muka bumi ini dia tidak pernah diuji dengan kesusahan dan kesakitan. Disebabkan nikmat tersebut dia kufur dan bongkak dengan nikmat yang diberi oleh Allah dan disebabkan nikmat tersebut dia berani mengaku dia adalah Tuhan. Oleh itu yakinlah kita bahawa setiap kesusahan itu sebenarnya adalah satu ikatan tarikan yang Allah jadikan untuk kita supaya kita sentiasa ingat kepada kekuasaan-Nya. Dan manusia sebenarnya tidak terlepas dari bergantung harap kepada pertolongan-Nya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...