Saturday 30 June 2012

Amalan Menjadi Wanita Solehah


Memandangkan ana berjaya menghasilkan Wallpaper Muslimah sendiri ana nak ceritakan kali ini berkenaan Wanita Solehah ^^.

Memang semua wanita bercita2 untuk menjadi wanita solehah dan semua lelaki juga menginginkan pasangannya itu seorang wanita solehah. Disini saya sertakan serba sedikit tips atau ciri2 yg boleh diamalkan untuk menjadi wanita solehah.

Amalan-amalan itu ialah:

1. Mendirikan solat/sembahyang.
Semua manusia yang sudah mencapai umur baligh diwajibkan ke atasnya solat fardhu 5 waktu sehari semalam. Solat fardhu dengan rajin dan lakukannya juga solat sunat sebagai menampung kekurangan yg terdapat pada solat wajib itu tadi.

2. Menjaga solatnya.
Seseorang yg wajib solat dituntut juga khusyuk ketika menunaikan kewajipan itu.Selain khusyuk , menunaikan solat juga dituntut beristiqamah iaitu melakukan solat dengan berterusan mengerjakannya serta menjaga waktunya, ini bermaksud solat itu mesti di awal waktu dan tidak melengah2kan nya.

3. Bersyukur dan redha.
Manusia ini biasa mempunyai tabiat yg buruk kerana apabila ditimpakan ujian atau musibah sering mengeluh dan adakalanya seperti menyalahkan takdir. Tetapi apabila senang dan kaya sedikit mereka cepat lupa diri. Sebaiknya kita bersyukur dan redho dgn setiap pemberian Allah. Janji Allah dlm alquran, apabila kamu bersyukur aku akan tambahkan nikmat kpdmu tetapi sekiranya kamu kufur ingatlah azabku amat pedih.

Friday 29 June 2012

Kelebihan Surah Al-Kahfi


Terdapat beberapa kelebihan khusus yang telah disebut oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bagi sesiapa yang membaca surah al-Kahfi.  Antara kelebihannya ialah pengampunan dosa di antara Jumaat dengan Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat dan dijauhi fitnah al-Masih ad-Dajjal jika menghafal 10 ayat terawalnya.  Berikut adalah beberapa hadith mengenai kebaikan surah al-Kahfi:

1.  Abu Sa`id al-Khudri radhiAllahu `anhu beliau berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

“Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada hari Jumaat, maka ALLAHterangi ia dengan cahaya diantara dua Jumaat.”  
(HR al-Hakim dan Baihaqi, disahihkan oleh al-Albani)

2.  Daripada Ali yang meriwayatkan daripada Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dirinya terpelihara hingga lapan hari, daripada segala fitnah yang melanda, dan jika keluar dajjal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya” 
(Al-Dhurr al-Manthur oleh al-Suyuti 5:355)

Thursday 28 June 2012

Hikmah Sabar


Di dalam surah al-Mulk, ALlah menyatakan bahawa Dia menciptakan hidup dan mati untuk menguji manusia siapakah di kalangan manusia paling baik amalnya. Dalam hidup manusia menghadapi pelbagai bentuk ujian sama ada dalam bentuk musibah/kesusahan dan juga ujian dalam bentuk kesenangan/kemewahan.

Seringkali apabila manusia diuji dengan musibah mereka keluh kesah dan merana. Tapi ketahuilah bahawa di sebalik musbah itu ada hikmah yang sangat besar.

Nabi bersabda :-

إِنَّ عِظَمَ الْجَزَاءِ مع عِظَمِ الْبَلَاءِ وَإِنَّ اللَّهَ إذا أَحَبَّ قَوْمًا ابْتَلَاهُمْ فَمَنْ رضى فَلَهُ الرِّضَا وَمَنْ سَخِطَ فَلَهُ السَّخَطُ

Ertinya : Sesungguhnya besarnya balasan baik adalah dengan besarnya ujian dan bala (tahap ganjaran adalah setimpal dengan tahap kesukaran mihna’), dan Allah s.w.t apabila kasihkan satu kaum lalu akan didatangkan baginya ujian, sesiapa yang mampu redha maka ia beroleh redha Allah dan barangsiapa yang engkar , maka akan beroleh azab Allah.” 
( Riwayat At-Tirmizi, 4/601 ; Tuhfatul Ahwazi, 7/65 ; Albani : Hasan Sohih)

Persiapan Menjelang Ramadhan



Rebutlah peluang keemasan di bulan Ramadhan

Bulan Ramadhan adalah bulan yang terlalu banyak kelebihannya. Di dalamnya terdapatnya malam lailatul Qadar iaitu malam kemuliaan yang lebih baik dari 1000 bulan. Pada bulan tersebut Allah membuka pintu syurga, menutup pintu neraka dan mengikat syaitan-syaitan untuk memberi peluang kepada manusia membersihkan diri mereka sebersih-bersihnya. Amal-amal ibadah dan kebajikan digandakan Allah di mana yang sunat diberi pahala wajib/fardhu dan yang fardhu menyamai 70 fardhu di bulan-bulan yang lain. Amat banyak kelebihan bulan Ramadhan yang kesemuanya insya Allah akan kita bentangkan satu persatu dalam risalah kecil ini.

Sekarang ini kita berada di bulan Sya’ban. Inilah masanya kita menanam azam untuk kita merebut segala kelebihan Ramadhan yang dijanjikan Allah. Jika Ramadhan tahun lalu kita lalai dan leka sehingga tanpa disedari Ramadhan telahpun berlalu dan kita ketinggalan merebut kelebihannya, maka pada tahun ini kita diberi peluang sekali lagi oleh Allah. Maka janganlah sia-siakan peluang kali ini kerana entah-entah inilah Ramadhan terakhir buat kita. Mati datang tidak menentu. Oleh itu, hendaklah kita sentiasa bersedia. Rebutlah peluang semasa hayat masih ada ini supaya di akhirat kita tidak menyesal dengan sesalan yang tiada gunanya lagi.


Tuesday 26 June 2012

KEINDAHAN WANITA SOLEHAH


Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarokatuh

Bismillahirrahmanirrahiim


Sahabatku yang kukasihi..
Dunia ini akan sepi dan tiada tiada keindahan tanpa wanita, sebab perhiasan yang terindah di dunia ini adalah wanita/isteri solehah yang sanggup tersenyum dalam kesusahan, Mendapat kekuatan melalui doa, menenangkan hatinya melalui istighfar, Mendidik diri melalui solatnya. Susah baginya itu tarbiyyah, Sabar itu indah SUBHANALLAH

CIRI KHAS WANITA SOLEHA

1.Kuat agamanya

2.Baik akhlaqnya

3.Tegas menjaga maruah

4.Amanah (tidak khianat)

5.Tidak boros

6.Tidak liar matanya

7.Terbatas pergaulannya

8.Tenang pergerakannya

9.Bertanggungjawab

10.Menutupi auratnya.

Monday 25 June 2012

13 Aurat Wanita



Wanita dalam keseluruhan jasad (tubuhnya) bahkan suaranya adalah aurat atau hiasan yang hanya halal dan yang berhak menikmati adalah muhrimnya atau suaminya yang sah. Batasan aurat yang boleh kelihatan (nampak) hanyalah telapak tangan dan wajah (referensi : Al-Quran + Hadith). Apabila seorang wanita keluar rumah dengan di hias-hiasi, maka sebenarnya wanita tersebut telah menarik perhatian syaitan. Oleh itu, Islam mengajarkan wanita apabila keluar rumah agar aurat tertutup rapi serta keluar atas dasar keperluan rumah tangga semata, boleh berdandan tapi dalam batas sewajarnya.


♥ 13 Aurat Wanita ♥


1-Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari (Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari)


2-Kaki memakai gelang kaki berloceng – Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari (Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah.


3-Wangi-wangian atau parfum – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari (Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban)


4-Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari (Surah An-Nur Ayat 31.)

Sunnah Rasulullah S.A.W. Ketika Minum


  • Membaca Bismillah
Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 



  • Minum dengan tangan kanan
  • Bernafas di luar gelas ketika minum sebanyak tiga kali dan minum sekali. 

Rasulullah S.A.W. bersabda: "Rasulullah S.A.W. bernafas tiga kali ketika minum"
  • Minum dalam keadaan duduk.
Rasulullah S.A.W. bersabda : "Janganlah seseorang kamu minum dalam keadaan berdiri"
(Direkodkan oleh Muslim)
  • Memuji Allah S.W.T. selepas minum.
Jumlah keseluruhan sunnah ini jika diamalkan ketika minum adalah tidak kurang dari 15 sunah apabila dia minum tiga kali sehari, jumlah ini bertambah apabila dia minum melebihi tiga kali sehari.

tambahan rujukan

Saturday 23 June 2012

Sunnah Rasulullah S.A.W Ketika Masuk & Keluar Rumah



Imam Nawawi berkata, "Digalakkan membaca Bismillah, memperbanyakkan membaca zikir dan memberi salam ketika masuk dan keluar rumah."

  • Berzikir ketika memasuki rumah berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W.:
إذا دَخَلَ الرَّجُلُ بَيْتَه فَذَكر الله عند دُخولِه وعند طَعامِهِ وقال الشّْيْطانُ لا مبيتَ لكم ولا عَشاءَ. وإذا دخل فلم يذْكُرِ الله عند دخولِه قال الشّيطانُ أَدْرَكْتُمُ الْمَبِيتَ. وإذا لم يَذكُرِ الله عند طعامِه قال أَدْرَكْتُمُ المبيتَ والعَشاءَ

“Apabila seseorang memasuki rumahnya lalu ia menyebut nama Allah ketika ia masuk dan ketika ia makan, syaitan akan berkata” tiada tempat untuk kamu menginap dan tiada tempa untuk kamu makan”. Jika ia masuk tanpa menyebut nama Allah, syaitan akan berkata,” Persilakan ini adalah tempat menginapmu,” dan jika ia tidak menyebut nama Allah ketika makan, syaitan akan berkata, “dipersilakan kamu menginap dan makan.”

(Direkodkan oleh Muslim)

  • Berdoa ketika masuk ke rumah :
  اللهم إني أَسْأَلُكَ خَيْرَ المَوْلج وخير المَخْرجِ بِسْم الله وَلَجْنا وبسم الله خَرَجْنا وعلى الله ربِّنا توكَّلْنا ثم لَيُسَلِّمَ على أهْلِه

Friday 22 June 2012

Sunnah Rasulullah S.A.W Ketika Memakai & Menanggalkan Pakaian


Di antara perkara yang sentiasa berulang dalam kehidupan seharian kita adalah memakai pakaian dan menanggalkannya ketika ingin membasuhnya, tidur atau sebagainya. Sunnah Rasulullah S.A.W ketika menanggalkan pakaian adalah :


  • Membaca Bismillah sama ada ketika memakai atau menanggalkan pakaian. Imam Nawawi berkata, "Membaca Bismillah adalah digalakkan ketika melakukan segala    amalan."
  • Apabila memakai baju, penutup kepala atau seban, beliau membaca :
                     
                            اللهم إنِّي أسْأَلك مِنْ خَيْرِه وخَيْر ما هو له وأَعوذُ بك من شَرِّهِ وشرِّ ما هُو لهُ

“Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kebaikan pakaian ini dan kebaikan apa yang ada padanya dan aku berlindung dariMu keburukan pakaian ini dan keburukan apa yang ada padanya.” (diriwayatkan oleh Abu daud,Tirmizi dan Ahmad)

  • Memulakan memakai dengan anggota kanan berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W. :
                                                          إِذا لَبِسْتُمْ فَابْدَءُوا بِأَيْمانِكم

“Apabila kamu memakai pakaian hendaklah kamu memulakannya dengan angota kanan.”
(diriwayatkan oleh Tirmizi, Abu Daud, Ibn Majah)
  • Beliau menanggalkan pakaiannya dan seluarnya dengan mendahului anggota kiri, kemudian anggota kanan.

MARHABAN 3BULAN YANG TERISTIMEWA & MULIA


"REJAB adalah BULAN ALLAH,
SYA'ABAN itu BULANKU (Rasulullah S.A.W), Dan
RAMADHAN adalah BULAN UMATKU".

BULAN REJAB
sabda Rasulullah S.A.W:
"Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, Nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat"

BULAN SYA'ABAN
Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili ra, berkata: Rasulullah bersabda, "Apabila masuk bulan Sya'aban, (cerialah) dan sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."

BULAN RAMADHAN
Hadis Anas r.a meriwayatkan: Apabila Ramadhan bermula maka Rasulullah S.A.W bersabda "sesungguhnya tiada datang kepadamu suatu bulan yang terdapat di dalamnya suatu malam yang terlebih baik daripada seribu bulan."

Thursday 21 June 2012

Sunnah Rasulullah Ketika Memakai Kasut



Rasulullah S.A.W. berkata:

"Apabila kamu memakai sepatu, mulakan dengan kaki kanan dan apabila kamu menanggalkannya hendaklah memulakannya dengan kaki kiri dan hendaklah kamu memakai semuanya (kedua-dua belah) atau menanggalkannya semuanya"

Sunnah ini sentiasa berulang dalam kehidupan seharian seorang Muslim. Setiap kali ingin keluar ketika akan memakai dan menanggalkan kasut contohnya ketika pergi ke masjid, masuk dan keluar bilik air, keluar bekerja, pulang dari kerja dan sebagainya.

Alangkah baiknya jika kita mengamalkan sunnah ini yang sentiasa berulang dalam kehidupan kita yang sudah tentu dapat menambahkan ganjaran pahala, dan segala gerak geri serta tingkah laku kita berada dalam keadaan mengamalkan sunnah Rasulullah S.A.W. Oleh itu cara untuk menperoleh pahala dalam amalan-amalan itu kita hendaklah niatkannya kerana ingin mengikuti sunnah Rasulullah S.A.W.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...