Monday 20 February 2012

Sunnah Rasulullah S.A.W Ketika Bersugi



Waktu yag digalakkan Bersugi

kata Rasulullah S.A.W:

"Sekiranya tidak membebankan umatku nescaya aku akan memerintahkan mereka bersugi setiap kali ingin solat" (Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim)

Seorang Muslim sekurang-kurangnya bersugi sebanyak 20 kali sehari iaitu ketika solat lima waktu, sola-solat sunat rawatib, solat dhuha, witir dan ketika masuk ke rumah kerana Rasulullah S.A.W. memulakan memasuki rumah dengan bersugi sebagaimana hadis yang direkodkan oleh Imam Muslim dari Aishah RA, begitu juga ketika membaca al-Quran, ketika mulut berbau, ketika bangki dari tidur dan ketika berwuduk.

Rasulullah S.A.W berkata 

"Bersugi adalah menyucikan mulut dan mendapat keredaan Allah".
(Direkodkan oleh Imam Ahmad)

oleh itu seseorang yang sentiasa mengamalkan sunnah ini akan mendapat keredaan ALLAH S.W.T dan mulutnya sentiasa bersih dari kekototan.


Saturday 18 February 2012

Sunnah Rasulullah S.A.W Ketika Berwuduk




1. Membaca Bismillahirrahmanirrahim بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


2. Membasuh tangan hingga pergelangan sebanyak 3kali pada permulaan wuduk.


3. Memulakan wuduk dengan berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung sebelum membasuh muka.


4. Menghembuskan air yang dimasukkan ke hidung dengan tangan kiri (memegang hidung dengan tangan kiri). Ini adalah berdasarkan kepada hadis Rasulullah S.A.W.:


"Ketika ingin mengambil wuduk Rasulullah S.A.W. membasuhkan kedua-dua tapak tangannya kemudian beliau berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung lalu menghembuskannya kemudian beliau membasuh mukanya sebanyak tiga kali"  (Muttafaqun 'Alaih)


5. Berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung secara berlebihan kecuali bagi orang yang berpuasa. Ini adalah berdasakan hadis Rasulullah S.A.W:


"Lebihkan semasa menyedut air ke dalam hidung kecuali ketika anda berpuasa"
(Direkodkan oleh Bukhari,Muslim, An-Nasaie dan Ibn Majah)


Maksud berlebihan semasa berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung adalah memasukkan air sedalam-dalamnya ke dalam hidung hingga ke pangkal, kemudian menghembuskannya semula.


6.Berkumur-kumur menggunakan satu telapak tangan sahaja, maksudnya berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung dari pada tadahan air dari satu tapak tangan sahaja.

Tuesday 14 February 2012

Sempurnakah solatku ( Bhg 1) - Dr. Zaharuddin



Secara ringkasnya hasil daripada perbincangan Dr. Zaharuddin berkenaan topik " Sempurnakah Solat Ku" menerangkan bagaimana solat kita yang benar-benar di terima 100% oleh Allah S.W.T. berdasarkan beberapa dalil-dalil yang telah diterangkan dalam Al-Quran antaranya ialah 

Allah S.W.T berfirman :

"katakanlah wahai Muhammad S.A.W kepada hamba-hamba ku bagi mereka yang beriman hendaklah mereka mendirikan solat dan hendaklah mereka menafkahkan sebahagian daripada harta mereka yang telah direzkikan keatas mereka sama ada nafkah dan sedekah itu dilaksanakan secara terang ataupun secara tersembunyi sebelum datangnya suatu hari yang tidak ada lagi gunanya jual beli, sahabat andai yang dapat memberikan pertolongan"
(Surah Ibrahim ayat 31)

coretan kali ini bukanlah bermaksud solat ana adalah sempurna dan bukanlah juga solat Dr. Zaharuddin juga sempurna tetapi kita sama-samalah menasihati. Ad-din nasihah iaitu agama ini nasihat menasihati.

Allah banyak menceritakan berkenaan solat di dalam Al-Quran yang diperincikan oleh Rasulullah S.A.W.

Bagaimana kita akan sempurnakan solat?

menurut perbincangan di dalam slot ceramah Dr. Zaharuddin dibawah ialah

Sunday 12 February 2012

Sunnah Rasulullah S.A.W Ketika Ketika Memasuki Bilik Mandi dan Keluar Daripadanya



1. Masuk ke bilik mandi dengan melangkah kaki kiri dan keluar darinya dengan melangkah kaki kanan.


2. Membaca doa ketika memasuki bilik mandi:


اللهم! إني أعوذ بك من الخبث والخبائث


“Ertinya : Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Mu daripada godaan syaitan jantan dan betina~Hadits Riwayat Bukhari no. 142; 6322 dan Muslim no. 375


3. Membaca doa ketika keluar dari bilik mandi :


غفرانك


“Ertinya : Aku minta ampun kepadaMu~Hadits Riwayat Seluruh penyusun sunan kecuali An Nasa’i (1)


Rutin manusia masuk ke dalam bilik air sehari semalam merupakan kebiasaan yang terjadi berulang kali dan setiap kali keluar masuk dari kamar mandi dengan menerapkan sunnah-sunnah tersebut maka kita telah melaksanakan dua sunnah Rasul Shallallahu ‘alaihi wa sallm ketika masuk (mendahulukan kaki kiri dan berdoa ketika masuk) dan dua sunnah Rasul Shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika keluar (mendahulukan kaki kanan dan berdoa ketika keluar).


Makna  ‘’al-khubusyu wal khabai’syi’” adalah syaitan dari jenis jantan dan betina. Berlindunglah kepada Allah daripada kejahatan mereka kerana sesungguhnya kamar mandi adalah tempat tinggal mereka



Friday 10 February 2012

Sunnah Rasulullah S.A.W Ketika Bangun Dari Tidur

1. Menyapu kesan-kesan tidur pada muka dengan tangan:




Imam Nawawi dan Imam Ibn Hajar merekodkan, sunat menyapu kesan-kesan tidur yang terlekat pada muka dengan menggunakan tangan apabila bangun daripada tidur. Ini berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W.:

 "Rasulullah S.A.W. bangun daripada tidur lalu beliau duduk sambil menyapu kesan-kesan tidur pada wajahnya."
(HR. Muslim)


2. Membaca doa bangun daripada tidur iaitu :



3. Bersugi:



 "Rasulullah S.A.W. apabila bangun daripada tidur, beliau menggosok giginya menggunakan siwak (kayu sugi)."
(HR Bukhari dan HR Muslim)

antara kebaikan bersugi adalam mengembalikan kesegaran dan kecergasan tubuh badan serta dapat menghilangkan bau mulut yang tidak menyenangkan.

Monday 6 February 2012

Amalan - Amalan Rasulullah S.A.W


Berikut adalah antara amalan-amalan Rasulullah saw buat ikutan kita sebagai ummatnya.Biarpun tidak semua dapat kita ikuti, cubalah untuk beristiqamah dengan apa yang kita termampu. Semoga ianya dapat memberikan manfaat kepada kita dalam menjalani kehidupan seharian.Insyaallah.

Amalan: 

Amalan yang paling disukai oleh Rasulullah SAW ialah kekal (istiqamah) sekalipun sedikit. (Riwayat Termizi dan Nasai daripada Aisyah dan Ummu Salamah)


Puasa: 
Rasulullah SAW berpuasa pada hari Isnin dan Khamis (Riwayat Ibnu Majah)

Tahajjud: 
Rasulullah SAW bangun menghidupkan malam (tahajjud) hingga bengkaklah kedua kaki Baginda (Riwayat Bukhari, Muslim, Termizi, Nasai, Ibnu Majah kepada Mughirah)

Pakaian: 
Adalah pakaian yang paling disukai Rasulullah SAW ialah gamis (Riwayat Abu Daud, Termizi, Hakim daripada Ummu Salamah.

Bertemu: 
Adalah Rasulullah SAW apabila mendatangi rumah seseorang, ia akan berdiri menghadap di hadapan pintu akan tetapi baginda akan berdiri di sebelah kanan atau kiri pintu sambil mengucapkan; Assalamualaikum. (Riwayat Ahmad dan Abu Daud daripada Abdullah bin Bisr)

Sujud syukur: 
Apabila Rasulullah SAW didatangi dengan berita yang menggembirakan hatinya Baginda akan terus sujud syukur pada Allah SWT (Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah daripada Abi Bakrah.

Berbaring: 
Apabila Rasulullah SAW hendak berbaring (untuk tidur), Beliau akan meletakkan tangan kanannya di bawah pipi kanannya (Riwayat Tabrani daripada Hafsah)

Sunday 5 February 2012

Sejarah perjuangan Rasulullah SAW: Qudwah Buat Ummat Islam


Sejarah perjuangan Nabi Muhammad SAW adalah sebuah rentetan sejarah hidup yang panjang yang mengandungi pelbagai pengajaran dan pendoman untuk umat Islam. Sejarah kehidupan atau sirah baginda Rasulullah SAW dihiasi dengan kisah perjuangan yang tidak mengenal erti jemu, sebuah hakikat pengorbanan yang sangat tinggi, pergantungan dan kepasrahan sepenuhnya kepada Allah SWT, dan contoh panduan yang hidup untuk dijadikan ikutan sepanjang zaman.

Inilah ketetapan dan ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT, bahawa segala apa yang dialami oleh Rasulullah SAW adalah contoh panduan kepada umat Islam. Keperibadian dan kehidupan baginda umpama “manual” panduan untuk dilihat dan dijadikan contoh oleh seluruh manusia dan seharusnya kita fahami bahawa baginda Rasulullah SAW adalah sebaik-baik contoh dan ikutan.


Firman Allah SWT yang bermaksud :

“ Sesungguhnya, telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan yang banyak mengingati Allah.”

( Al- Ahzab : 21)


Rasulullah SAW telah berjaya membina satu ketamadunan yang hebat dan gemilang. Di dalam buku yang ditulis oleh seorang penulis barat iaitu Michael H. Hart, beliau telah meletakkan Nabi Muhammad SAW di tempat pertama dalam senarai 100 orang paling berpengaruh dalam sejarah manusia, malah ia mengalahkan Isaac Newton dan Jesus Christ sendiri.

Bukunya The 100: A Ranking Of The Most Influential Persons In History, menyatakan bahawa satu faktor yang menyebabkan Nabi Muhammad SAW menjadi insan berpengaruh adalah kerana kualiti yang ada pada diri baginda. Kualiti yang dimaksudkan ialah kualiti integriti dan kualiti kompetensi. Inilah yang menjadikan kehidupan baginda sangat signifikan kepada manusia lain terutamanya kepada para sahabat di bawah didikan Baginda.

Di dalam Islam, kualiti ini kita namakan ia sebagai akhlakul karimah atau budi pekerti yang mulia. Bermula dari kualiti ini akhirnya Rasulullah SAW berjaya membentuk dan membina satu tamadun yang sangat gemilang dan dihormati seantero dunia. Sudah pasti terdapat satu rahsia yang perlu dilihat secara terperinci terhadap proses pembentukan ketamadunan Islam yang diasaskan oleh baginda Rasulullah SAW kerana di dalam hanya masa yang singkat iaitu 23 tahun, Baginda berjaya mengasaskan dan membentuk satu ketamadunan yang mampu bertahan selama 1400 tahun!

Justeru itu, melihat dan meneliti sejarah perjuangan Rasulullah SAW adalah menjadi keutamaan kita di dalam menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh dan murrabi di dalam perjuangan menegakan Islam.

Saturday 4 February 2012

Kisah kelahiran (maulid) Nabi


Nabi Muhammad SAW adalah nabi awal dan nabi akhir. Baginda telah dilantik menjadi nabi sejak awal lagi, namun penjelmaanya adalah yang terakhir sekali. Rasulullah saw. bersabda, “Para Sahabat bertanya, `Ya Rasulullah, bilakah wajibnya Kenabian engkau?’ Beliau menjawab, “Sejak saat ketika Adam a.s. masih dalam keadaan antara ruh dan jasad.” (Riwayat Tirmidzi) Beliau juga bersabda, “Aku sudah menjadi Nabi ketika Adam masih dalam bentuk antara air dan tanah. Beliau saw. juga bersabda, “Aku telah ditetapkan disisi Allah sebagai Khatamun-Nabiyyin, sedangkan Adam masih dalam bentuk tanah.

Di belakang tubuh Baginda juga terdapat tanda kelahiran seperti cop yang tertulis “Khatamun-Nabiyyin”. Sekiranya cop ini tiada pun, Baginda tetap menjadi Nabi. Ia cuma sebagai “syabasi”, seperti tanda penghargaan misalnya kita selalu menepuk belakang seseorang apabila mengucapkan tahniah di atas kejayaannya.

Rasulullah  SAW lahir  hari isnin 12 Rabiulawal tahun Gajah bersamaan 20 April 571 M. Pada tahun itu tentera bergajah dari Afrika dibawah pimpinan Abrahah datang untuk meruntuhkan kaabah. Apabila tentera Abrahah sampai dekat dengan Mekah, mereka merampas binatang-binatang ternakan orang orang Mekah.  Diantara yang mereka rampas 200 ekor unta Abdul Mutallib. Abdul Mutallib datuk Nabi kita yang ketika itu merupakan ketua Mekah datang mengadap Abrahah.

Friday 3 February 2012

SINAR CAHAYA AYAT KURSI

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawapan salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.
Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:
1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.
3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

Thursday 2 February 2012

Makna Bacaan Dalam Solat


Makna Bacaan Dalam Solat
=================

Allah Maha Besar

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Wednesday 1 February 2012

Petua Tidur Rasulullah s.a.w


SEORANG yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadah. Allah swt hanya akan menerima ibadah yang dilakukan dengan ikhlas. Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah swt untuk orang yang mengamalkan sunnah sangat besar. Satu sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga.

Di dalam tidur sendiri ada banyak sunnah. Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi saw, dia hanya akan dapat kerehatan. Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.

Antara sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.


1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

TANGGUNGJAWAB MENUNAIKAN AMANAH

SURAH AN-NISA’ : 58
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah Dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.”



Assalammualaikum sahabat ana semua...alhamdulillah ana masih bernafas untuk meneruskan lagi sedikit coretan yang ana akan kongsi sedikit pada pagi ini. Baru sahaja tadi ana di lantik oleh akhi azwar untuk melaksanakan satu tanggungjawab dan amanah dalam menjaga satu group dakwah Sahabat Istimewa agar group itu sentiasa dalam peliharaNya dan tidak ada pendebatan dan ukhuwah sentiasa terjalin.InsyaALLAH ana akan usaha untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut. pada pagi ini ada sedikit informasi berkenaan Tanggungjawab dan amanah koleksi daripada JAKIM.jom sama-sama kita baca apa huraian sebenar terhadap tajuk di atas.

Huraian

Setiap orang memikul tanggungjawab untuk menunaikan amanah. Sebagai hamba Allah S.W.T, kita mesti menyempurnakan segala hak Allah S.W.T. Sebagai manusia yang sentiasa berinteraksi dengan manusia lain, kita juga perlu menunaikan amanah yang berkaitan dengan hak-hak manusia. Sehubungan itu, amanah yang dipertanggungjawabkan ke atas kita mempunyai pelbagai bentuk. Maka kita juga bebas menyempurnakan amanah-amanah tersebut dengan pelbagai cara. Bagi ibu bapa, anak-anak merupakan amanah Allah S.W.T yang mesti dipelihara dan dididik dengan akhlak yang mulia. Begitu juga sebaliknya. Anak-anak mesti berbakti kepada ibu bapa semasa mereka masih hidup ataupun telah meninggal dunia. Setiap orang bertanggungjawab dan akan dinilai sejauh mana ia menunaikan tanggungjawabnya dengan penuh amanah. Bahkan Islam menganggap orang yang tidak beramanah sebagai orang yang tidak sempurna imannya. Sejarah membuktikan bahawa Nabi Muhammad s.a.w mudah menyebarkan risalah Islam kerana baginda dari awal lagi dikenali sebagai seorang yang sangat beramanah atau “al-Amin”. Sifat mulia ini Nabi buktikan sehingga ke akhir hayat. Semasa baginda merayakan kejayaan membuka semula Kota Mekah, baginda mengambil kunci Kaabah dari penyimpan kunci Kaabah, Othman bin Talhah dan seterusnya membersihkan Kaabah dari segala imej kekufuran. Setelah selesai, baginda menyerah kembali kuncinya walaupun Islam berada di pihak yang menang. Apa yang penting matlamat asal untuk membersihkan akidah telah tercapai.

KESIMPULAN

Jelas terbukti bahawa akidah yang suci mampu membina sifat amanah yangmulia. Orang yang amanah dikasihi Allah S.W.T dan digemari oleh manusia. Wallahualam


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...