Sunday 27 January 2013

pengertian RIAK



Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 

Firman Allah dalam surah al-Ma'unayat 4-6 yang bermaksud:
"Maka celakalah bagi orang yang solat. (Iaitu) orang yang lalai solatnya dan orang-orang yang riak."

Pengertian riak
Riak itu ialah melakukan kebaikan dan amal ibadat semata-mata untuk mencari tempat di dalam hati manusia.

Perkara yang diriakkan oleh manusia;

1. Riak dari segi badan
Riak jenis ini menunjukkan seseorang itu menampakkan keletihannya kerana berpuasa dan banyak berjaga malam untuk beribadat.

2. Riak pada pakaian
Seseorang itu memakai pakaian yang menunjukkan kewarakan dirinya sedangkan hakikatnya tidak. Memakai pakaian sebegini di hadapan golongan tertentu kerana kepentingan diri sedangkan di waktu lain dia bukanlah sebegitu malah hatinya juga bukanlah berniat untuk mendapat keredhaan Allah tetapi mengharap penghormatan daripada orang lain.

3. Riak dengan perkataan
Riak ini adalah seseorang itu menunjukkan dirinya seorang yang benar dan ikhlas melalui perkataan yang keluar dari bibirnya. Tuturnya seperti seorang penasihat dan pensyarah. Dia memilih lafaz-lafaz yang halus dan dalam maknanya juga kata-kata hikmat beserta hadith. Dia juga berkata seperti kata para Nabi dan aulia sedangkan pada hakikatnya dia sebenarnya sunyi dan kosong.

4. Riak pada amalan
Orang sebegini adalah sering menzahirkan khusyuk dalam solat dan sengaja memanjang-manjangkan rukuk dan sujud apabila ada orang melihatnya. Orang seperti ini sering bersedekah secara terang-terangan, pergi menunaikan fardhu haji, berjalan menundukkan kepala dan kurang berpaling ke kanan dan ke kiri padahal Allah mengetahui batinnya. Sedangkan jika dia bersendirian amalannya bukan sempurna sebegitu, seperti solat dengan cepat, berjalan laju dengan matanya sering meliar ke sana ke mari dan sebagainya.

5. Riak dengan ramainya murid dan pengikut
Seseorang itu berasa bangga dengan murid dan pengikut yang ramai. Demikian juga seperti seseorang yang sering menyebut nama ulama' itu dan ulama' ini bagi menunjukkan dirinya seorang yang banyak bertemu dengan syeikh dan ulama.

Peringkat Riak

1. Riak Akbar
Riak akbar ialah seseorang itu taat melakukan ibadat tetapi untuk mendapatkan sesuatu daripada manusia dan bukanlah untuk beroleh keredhaan Allah SWT. Riak ini adalah berpaling terus daripada Allah pada keseluruhannya kerana hanya berkiblatkan manusia.

2. Riak Asghar
Riak asghar ini pula ialah melakukan sesuatu untuk mendapatkan apa yang ada pada manusia dan apa yang pada Tuhan iaitu melakukan amal kerana Allah dan kerana yang lain daripada-Nya. Riak ini adalah lebih ringan daripada riak akbar kerana orang itu menghadap Allah pada satu segi dan kepada manusia pada satu segi yang lain.

3. Riak Jali (yang terang)
Riak ini ialah mendorong seseorang itu untuk melakukan amal ibadat. Sehinggakan jika tanpa riak ini dia tidak berminat untuk melakukan amal.

4. Riak Khafi (yang tersembunyi)
Riak ini pula tersembunyi di dalam hati di mana ianya mendorong seseorang itu untuk lebih rajin beribadat.

Punca Riak
Sebab-sebab yang boleh membawa kepada penyakit riak ini antaranya ialah;

1. Sifat suka dipuji oleh orang lain.
Sifat ini akan membawa kepada bangga diri dan suka menunjuk-nunjuk kelebihan kepada orang lain.

2. Takut dikritik atau dicerca oleh orang lain.
Ketakutanini boleh membawa kepada penampilan yang kurang jujur dan suka berpura-pura.

3. Cintakan kehidupan dan kemewahan dunia dan lupa pada kematian.
Seseorang itu melakukan segala pekerjaan adalah semata-mata kerana untuk menarik perhatian orang lain, dan menganggap dirinya hebat. Manusia sebegini mengharapkan ganjaran atas segala pekerjaan yang dilakukan.

Bagaimana mengelakkan sifat riak?
Rawatan terbaik bagi segala penyakit di muka bumi ini adalah dengan menjauhi sebab-sebab dan punca terjadinya penyakit.

Terdapat beberapa cara untuk menghindari sifat riak daripada menguasai hati;

1.Sentiasa mengingatkan diri sendiri tentang perkara yang diperintahkan Allah danjuga sering menyucikan hati dengan melakukan ibadat-ibadat khusus seperti zikir dan membesarkan kekuasaan Allah.

2.Mengawasi diri agar sentiasa takut akan kemurkaan Allah. Dengan ini akan membawa diri agar sentiasa berwaspada dalam melakukan perkara yang boleh mengheret kepada dosa dan seksaan Allah pada hari akhirat kelak.

3.Berwaspada terhadap perkara-perkara yang boleh menghapuskan pahala amalan yang dilakukan akibat riak.

4.Menanamkan di dalam diri bahawa melakukan sesuatu perkara kerana manusia sehingga membawa kemurkaan Allah itu patut dijauhkan.

5.Sentiasa mengawasi diri daripada lalai terhadap ujian dan nikmat yang dikurniakan Allah untuk menghampirkan diri kepada Allah.

6.Ikhlaskan diri dalam setiap amalan yang dilakukan. Apabila berasa suka dipuji dan diberi penghargaan setiap kali membuat sesuatu perkara yang baik dan berasa terhina apabila ditegur, maka inilah tanda wujudnya sifat riak.

Adakalanya terdapat juga orang yang melakukan amal kebajikan dengan niat ikhlas keranaAllah, namun dia mendapat mendapat perhatian daripada orang lain atas amalannya. Keadaan ini tidak diambil kira sebagai riak kerana dia sememangnya niat dengan ikhlas pada awalnya. Namun, untuk melakukan satu-satu ibadat pada permulaannya akan menyebabkan timbulnya perasaan riak dan rasa bangga diri,namun apabila amal itu sering dilakukan dan berterusan dengan niat ikhlas pastinya perasaan riak itu akan terhapus sedikit demi sedikit.
Janganlah takut untuk pergi ke masjid, mendengar tazkirah, menunaikan solat jemaah dan sebagainya kerana takut akan dikatakan riak sedangkan dengan riak itulah akan mendorong dan menggalakkan kita untuk beramal dan meningkatkan ibadat. Tetapi, jangan biarkan perasaan riak itu terus menerus menguasai diri kerana apabila ada riak dalam setiap amalan maka amalan yang dilakukan adalah sia-sia belaka.

~Wallahualam~

Thursday 24 January 2013

BIODATA RASULULLAH S.A.W

✪ BIODATA RASULULLAH S.A.W ✪

1. Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
2. Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M
(dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera
bergajah Abrahah yang menyerang kota Mekah)

3. Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
4. Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim

5. Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
6. Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)

7. Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
8. Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

✪ ISTERI-ISTERI RASULULLAH S.A.W ✪

1. Khadijah Binti Khuwailid
2. Saudah Binti Zam’ah
3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
7. Zainab Binti Jahsy
8. Maimunah Binti Harith
9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
10.Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

✪ ANAK-ANAK RASULULLAH S.A.W ✪

1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’

✪ SEJARAH RINGKAS RASULULLAH S.A.W ✪

USIA 5 TAHUN
* Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di
dalamnya.

✪ USIA 6 TAHUN
* Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
* Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.

✪ USIA 8 TAHUN
* Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
* Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

✪ USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
* Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
* Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

✪ USIA 20 TAHUN
* Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
* Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

✪ USIA 25 TAHUN
* Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
* Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
* Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
* Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

✪ USIA 35 TAHUN
* Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.
* Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
* Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

✪ USIA 40 TAHUN
* Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

✪ USIA 53 TAHUN
* Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
* Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

✪ USIA 63 TAHUN
* Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

✪✪✪✪✪✪✪✪✪✪✪✪✪✪✪✪✪✪✪✪✪✪✪
✪ SALAM MAULIDUR RASUL ✪
✪ 12 RABIULAWAL 1434 H ~ 24 JANUARI 2013 ✪
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
✪✪✪✪✪✪✪✪✪✪✪✪✪✪✪✪✪✪✪✪✪✪✪


Tuesday 22 January 2013

Salam Maulidur Rasul


Alhamdulillah berkesempatan untuk mengupdate blog Al-Hayaah CInta Illahi.

Post kali ni ana nak ucapkan 

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL

HARI JADI MUHAMMAD S.A.W 

JOM KITA SAMA-SAMA MENGHIDUPKANNYA BUKAN SAHAJA KETIKA INI TETAPI SETIAP SAAT DENGAN AMALAN SUNNAH HARIAN. 
INSYAALLAH....

Ucapan dari Lensa Halaqah Maya (geng Kartunis Halaqah Maya)

Ucapan dari page Ismi Muslimah
Ucapan dari page Alhayaah Cinta Illahi



Monday 21 January 2013

Perkongsian Al-Hayaah

Alhamdulillah diberi kesempatan lagi untuk ana update blog ini. Hari ni ana nak kongsi sedikit dengan Wallpaper dakwah yang baru ana design semalam beserta kartun yang baru ana buat.
Alhamdulillah ana kembali berkarya. ^^

Jagalah ADAB mu Wahai Muslimah
Janganlah Kamu Bermusuh 
antara Saudaramu
Baikilah UKHUWAH mu
Jangan Engkau Jadikan TEGGURAN itu 
melemahkanmu
Terima Seadanya 
Untuk memperbaiki diri Mu
Lebih Baik Daripada Sekarang
TEKADKAN KEAZAMANMU
SEBAGAI WANITA SOLEHAH 

Jom like page Ismi Muslimah

Jom Like Page Ismi Muslimah
Dalam Page Ismi Muslimah ni ana akan kongsi sdikit demi sedikit berkenaan Hawa/Muslimah/Wanita. tips-tips ingin menjadi wanita solehah, hadith-hadith, kata-kata hikmah dan sebagainya yang boleh memberi maklumat khususnya kepada kaum Hawa 
insyaALLAH ^^


ini adalah Pic Profile banner blog dan page Alhayaah CInta Illahi Jom Like!! ^^
Dalam page ni ana akan sentiasa update kata-kata hikmah, hadith-hadith, AlQuran, dan sebagainya yang boleh menjadikan panduan kita bersama insyaALLAH. Page Alhayaah CInta Illahi berkonsepkan Bebas. InsyaALLAH ana akan kongsikan macam-macam dalam page ni.
InsyaALLAH ^^

Banner Page Alhayaah Cinta Illahi
Setakat ini sahaja coretan ana :)
Jumpa nanti dengan perkongsian baru 
InsyaALLAH

~Assalammualaikum~
.:: Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak ::.

Friday 18 January 2013

Empat Kesalahan Iblis Terhadap Allah


           Pada satu ketika iblis datang ketika Rasulullah SAW dan para sahabatnya di dalam satu majlis. Seperti kebiasaannya, apabila iblis datang sudah tentu dia akan mendakwa dia diutus oleh Allah untuk bertanyakan sesuatu mengenai umatnya.

           "Hai iblis laknat! Apalagi yang kamu mahu? Aku diutuskan oleh Allah ke dunia ini untuk menyelamatkan Bani Adam daripada tipu daya dan muslihatmu daripada beriman menjadi kufur". Rasulullah SAW bertanya.

             Iblis mengangkat kepalanya ke langit dan berkata, " Ya Rabbi Demi kemuliaan Engkau, aku akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menarik sekalian anak Adam untuk melakukan pelbagai maksiat selagi mereka masih bernyawa. Aku akan menghasut lelaki dan perempuan supaya berkenalan dan aku akan mencelah di antara keduanya."
       Seketika itu Allah berfirman, "Hai malaun! Demi kebesaran dan ketinggianku, Aku sentiasa bersedia untuk mengampuni dosa-dosa umat Muhammad selagi mereka memohon keampunan daripadaku."

            Mendengar firman daripada Allah itu iblis tercengang-cengang kerana tidak menyangka Allah sanggup mengampuni umat Muhammad yang melakukan dosa.

            "Hai iblis, apa lagi yang kamu musykilkan?" Rasulullah SAW bertanya.

        Lalu iblis menjawab, "Ya Rasulullah, saya sangat hairan mengenai dua perkara yang dilakukan oleh umatmu. Pertama, mereka mengaku kasihkan Tuhan tetapi pada masa yang sama melakukan maksiat. Kedua, mereka sangat benci kepadaku, tetapi akhirnya mereka menurut segala hasutanku."

        Sebaik seahaja iblis berkata begitu, Allah menurunkan firmannya bermaksud, "Hai malaun! Demi kebesaran dan Ketinggian-Ku, Aku anugerahi umat Muhammad dengan dua bahaigain. Pertama, mereka kasih kepada-Ku sebagai penebus dosa atas kesalahan dan tipu dayamu manakala kemarahan mereka kepadamu, Aku jadikan penebus dosa atas perbuataan maksiat mereka kepada-Ku."

        Sekali lagi iblis tercengang-cengang seolah-olah tidak tahu apa hendak dikatakan lagi. Setelah iblis itu terdiam, Rasulullah SAW menghalau iblis itu.

Rasulullah SAW Berdialog Dengan Iblis



Disini ana nak kongsi satu cerita yang ana baca daripada sebuah buku iaitu "AKU SANGGUP DUHAI MUHAMMAD" dtulis oleh MUHD NASRUDDIN DASUKI. Semua yang ana highlightkan itu adalah dialog yang perlu kita semua tahu.
 
 
Pada satu hari Rasulullah SAW baru keluar dari masjid untuk pulang ke rumah. Sebaik sahaja Rasulullah SAW keluar dari pintu masjid, Rasulullah SAW telah bertemu dengan iblis. Rasulullah segera menegur iblis.
"Hai iblis, apakah yang menyebabkan engkau datang ke pintu masjid ini?"
"Wahai Muhammad, Allah telah menyuruh aku supaya datang ke mari", beritahu iblis tanpa berselindung.
  "Untuk apa?" Tanya Rasulullah SAW yang tidak menyenangi kehadiran iblis yang juga musuh ketatnya.
  Lalu segera dijawab iblis, "Supaya engkau bertanya kepadaku mengenai apa sahaja supaya engkau tahu."
  "Baiklah. Mengapa engkau selalu menghalangi umatku daripada mengerjakan solat berjemaah ?" Tanya Rasulullah SAW kepada Iblis.
"Wahai Muhammad, apabila umatmu keluar untuk mengerjakan solat berjemaah, aku berasakan diriku teramat panas dan tidak akan hilang selagi mereka mengubah fikiran untuk ke tempat lain," jawab iblis.
"Hai iblis, mengapa pula engkau menghalangi umatku daripada membaca al-Quran?"
"Wahai Muhammad, apabila umatmu membaca al-Quran aku berasakan dariku menjadi hancur lebur seperti timah sedang dibakar." Iblis menjawab.
Kemudian Rasulullah SAW bertanya lagi, "Hai iblis, mengapa engkau menghalangi umatku untuk berjuang ke jalan Allah?"
Lalu dijawab iblis, "Wahai Muhammad, apabila umatmu keluar untuk berjuang, kaki tanganku akan terikat sehingga mereka kembali daripada perjuangan.
"Wahai Muhammad, apabila umatmu mengerjakan haji, aku akan terikat dengan rantai yang membelenggu dan apabila mereka hendak bersedekah maka di atas kepalaku terletak satu gergaji yang menggergaji kepalaku seperti kayu sedang digergaji." Jawab Iblis.
  Pada satu ketika yang lain, iblis telah datang kepada Rasulullah SAW dengan menyamar sebagai seorang tua yang bersih sedang memegang tongkat.
  "Siapakah engkau wahai orang tua?" Tanya Rasulullah SAW.
  "Aku adalah iblis," jawab lelaki tua itu.
  "Mengapa pula engkau datang ke mari?"
  "Sesungguhnya Allah telah memerintahkan aku datang kepadamu bagi menjawab beberapa persoalan yang belum aku jawab." jawab iblis lagi.
"Baiklah iblis. Aku ingin tahu berapa ramaikah musuhmu daripada umatku?"
"Ada lima musuhku daripada umatmu."
"Siapakah mereka yang engkau maksudkan itu, hai iblis?"
Lalu jawab iblis, "Mereka ialah :
 
Engkau sendiri hai Muhammad
Imam atau pemimpin yang adil
Orang Kaya yang merendah diri 
Pedagang yang jujur
Orang alim yang mengerjakan solat dengan khusyuk
Orang mukmin yang suka memberi nasihat
Orang mukmin yang suka berkasih sayang
Orang yang selalu bertaubat
Orang yang warak dan sering meninggalkan perkara haram
Orang mukmin yang selalu bersuci
Orang mukmin yang banyak sedekahnya
Orang mukmin yang baik akhlaknya
Orang mukmin yang memberi manfaat kepada orang lain
Orang yang hafal al-Quran dan membacanya selalu.
Orang mukmin yang mengerjakan solat malam ketika orang lain tidur."
 
Setelah iblis menjawab, Rasulullah SAW bertanya lagi,
"Siapakah pula teman-temanmy, iblis?"
Iblis menjawab, "Wahai Muhammad. Ada 10 teman. Mereka ialah :
 
Hakim yang tidak adil
Orang kaya yang sombong
Pedagang yang suka menipu
Peminum arak
Orang yang memutuskan tali persaudaraan
Mereka yang memakan harta riba
Mereka yang memakan harta anak yatim
Orang yang mempermudahkan solat
Orang yang enggan membayar zakat
Orang yang banyak berangan-angan."
 
  Kemudian Rasulullah SAW bertanya lagi, "Siapakah pula bala tenteramu, iblis?"
"Kalau engkau mahu tahu, tenteraku ialah mereka yang bersifat rakus, muazinku ialah orang yang salah bacaam al-Qurannya, pembacaku ialah penyanyi dan mereka yang menyetujuiku ialah orang yang menghiris, menoreh muka, badan dan tangannya kemudian dibubuh nila atau orang yang meminta dibuat demikian."


Wednesday 16 January 2013

Wanita Solehah Sebaik-Baik Perhiasan Dunia



Dari Abdullah bin ‘Amr radhiallahu ‘anhuma bahwa Rasulullah Shalallahu ‘alaihiwassalam bersabda:

ayat1.jpg

“Dunia ini adalah perhiasan/kesenangan dan sebaik-baik perhiasan/kesenangan dunia adalah wanita yang solehah.” (HR. Muslim,Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)

Begitulah Nabi kita menggambarkn wanita solehah. Seindah-indah hiasan adalah wanita solehah. MasyaAllah.. 

Isteri Solehah

Bagaimana untuk menjadi seorang isteri yang solehah?
dan bagaimana pula dengan wanita yang belum berkahwin?

"Senang sahaja, berkahwinlah jika nak menjadi wanita @ isteri solehah"

Bagi sahabat2 muslimat yang telah mendirikan rumah tangga, alhamdulillah. Anda semua ada segala macam kelebihan untuk beribadah dengan pahala yang berganda-ganda dari mereka yang belum berkahwin. (Ya Allah, sangat cemburunya aku dengan mereka yang dah kahwin).

beberapa ciri2 isteri yang solehah :

1- Taat pada perintah suami
2- Kalau suami tengok pada isteri, suami gembira. Maksudnya, isteri itu menjadi penyejuk mata suami (qurrata a'yun) 
3- Apabila berjanji pada suami, isteri tepati dan tunaikan.
4- Bila suami tiada di rumah, nescaya dia pelihara dirinya dan harta suaminya.

Rasulullah Shalallahu ‘alaihiwassalam memberikan gambaran wanita solehah terbaik sebagaimana dalam hadits:

Dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu berkata: “Nabi Shalallahu ‘alaihiwassalam ditanya:’Siapakah wanita yang paling baik?’ Beliau menjawab:

ayat41.jpg
"(Sebaik-baik wanita) adalah yang menyenangkan (suami)-nya jika ia melihatnya, mentaati (suami)-nya jika ia memerintahnya dan ia tidak menyelisihi (suami)-nya dalam hal yang dibenci suami pada dirinya dan harta suaminya."

(HR. Ahmad, al Hakim, an Nasa’i dan ath Thobrani dan di Shohihkan oleh al Albani).

Allah juga ada berfirman dalam Al Quran:

ayat3.jpg
“…Maka wanita yang solehah, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh kerana Allah telah memelihara (mereka)…” ( An-Nisa’:34)

Kesimpulan

Sahabat2 yang belum berkahwin, jangan risau, kerana Allah itu Adil. Tunaikan hak anda kepada Allah jika anda belum bersuami. Bertqwa padaNYA. InsyaAllah, kalian juga adalah wanita solehah perhiasan dunia. Dan apabila dah bersuami, maka bertambahlah hak dan tanggungjawab anda iaitu HAK KEPADA ALLAH dan HAK KEPADA SUAMI.

Andaikata sahabat2 telah berkahwin, tidak cukup syarat sebagai wanita / isteri solehah jika sahabat2 tidak menunaikan hak kepada Allah. Sesolehah mana anda kepada suami, namun tidak menepati ciri-ciri hamba Allah yang solehah, maka 0 jugak jadinya. Jika matematik apabila 2-1 = 1 namun dalam operasi Islam jika 2-1 maka jawapannya adalah 0. 

~Wallahu 'alam~
~Hidup adalah memilih...Memilih kerana Allah~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...