Friday 18 January 2013

Empat Kesalahan Iblis Terhadap Allah


           Pada satu ketika iblis datang ketika Rasulullah SAW dan para sahabatnya di dalam satu majlis. Seperti kebiasaannya, apabila iblis datang sudah tentu dia akan mendakwa dia diutus oleh Allah untuk bertanyakan sesuatu mengenai umatnya.

           "Hai iblis laknat! Apalagi yang kamu mahu? Aku diutuskan oleh Allah ke dunia ini untuk menyelamatkan Bani Adam daripada tipu daya dan muslihatmu daripada beriman menjadi kufur". Rasulullah SAW bertanya.

             Iblis mengangkat kepalanya ke langit dan berkata, " Ya Rabbi Demi kemuliaan Engkau, aku akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menarik sekalian anak Adam untuk melakukan pelbagai maksiat selagi mereka masih bernyawa. Aku akan menghasut lelaki dan perempuan supaya berkenalan dan aku akan mencelah di antara keduanya."
       Seketika itu Allah berfirman, "Hai malaun! Demi kebesaran dan ketinggianku, Aku sentiasa bersedia untuk mengampuni dosa-dosa umat Muhammad selagi mereka memohon keampunan daripadaku."

            Mendengar firman daripada Allah itu iblis tercengang-cengang kerana tidak menyangka Allah sanggup mengampuni umat Muhammad yang melakukan dosa.

            "Hai iblis, apa lagi yang kamu musykilkan?" Rasulullah SAW bertanya.

        Lalu iblis menjawab, "Ya Rasulullah, saya sangat hairan mengenai dua perkara yang dilakukan oleh umatmu. Pertama, mereka mengaku kasihkan Tuhan tetapi pada masa yang sama melakukan maksiat. Kedua, mereka sangat benci kepadaku, tetapi akhirnya mereka menurut segala hasutanku."

        Sebaik seahaja iblis berkata begitu, Allah menurunkan firmannya bermaksud, "Hai malaun! Demi kebesaran dan Ketinggian-Ku, Aku anugerahi umat Muhammad dengan dua bahaigain. Pertama, mereka kasih kepada-Ku sebagai penebus dosa atas kesalahan dan tipu dayamu manakala kemarahan mereka kepadamu, Aku jadikan penebus dosa atas perbuataan maksiat mereka kepada-Ku."

        Sekali lagi iblis tercengang-cengang seolah-olah tidak tahu apa hendak dikatakan lagi. Setelah iblis itu terdiam, Rasulullah SAW menghalau iblis itu.

       "Hai Iblis laknat! Nyahlah engkau dari hadapanku ini," teriak Rasulullah SAW. Lalu iblis beredar dengan rasa kecewa.

          Para sahabat yang bersama-sama Rasulullah SAW pada ketika itu berasa sangat hairan mendengar tipu daya iblis yang kadang-kadang tidak disedari oleh manusia. Kemudaia Rasulullah SAW berpesan kepada para sahabat, katanya, "Ketahuilah olehmu bahawa iblis telah melakukan empat kesalahan besar terhadap Allah. Pertama, Iblis mengingkari perintah Tuhan. Kedua, bersikap takbur dan membesarkan diri. Ketiga, berhasad dengki terhadap nabi Adam AS dan keempat, menghasut dan mengkhianati sesama manusia seperti yang dilakukan terhadap Qabil yang sanggup membunuh saudaranya sendiri Habil."

        Pada satu ketika Rasulullah SAW menceritakan bagaimana iblis menghadap Nabi Musa AS dan mengatakan ia akan turut sama bertaubat kepada Allah jika Nabi Musa AS bermunajat di Bukit Thursina dan bertanyakan sama ada taubatnya diterima atau tidak.

      Mendengar iblis mahu bertaubat, Nabi Musa AS sangat gembira dan bersedia dengan permintaan iblis itu. Apabila Nabi Musa AS tiba di Bukit Thursina, Nabi Musa AS memohon pertunjuk kepada Allah.

    Selepas itu Allah berfirman yang bermaksud, "Kesalahan iblis boleh Aku ampunkan sekiranya iblis sanggup bersujud pada kubur Nabi Adam AS. Nabi Musa kemudian menyampaikan pesanan itu kepada iblis.

       Bagaimanapun iblis mengeluh lalu berkata, "Hai Musa sedangkan Nabi Adam masih hidup pun aku tidak sudi sujud kepadanya, inikan pula sesudah Adan mati," ujar iblis sambil beredar meninggalkan Nabi Musa AS.

       Akhirnya Rasulullah SAW berpesan kepada para sahabatnya, "Tegaknya tiang dunia ini bergantung kepada empat perkara iaitu ilmu para ukana, adilnya raja yang memerintah, orang-orang kaya yang bermurah hati dan orang-orang miskin yang sentiasa berdoa kepada Allah."

       Selanjutnya Allah menjelaskan, "Jika tiada ada ulama, akan binasalah orang yang jahil. Jika tidak ada raja yang memerintah dengan adil, manusia akan memakan manusia lain sebagaimana harimau memakan haiwan yang lemah daripadanya. Sekiranya tidak ada orang kaya yang mahu bersedekah, akan binasalah orang yang kafir miskin dan jika tiada orang miskin yang berdoa kepada Allah, akan runtuhlah langit dan bumi.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...