Tuesday 14 February 2012

Sempurnakah solatku ( Bhg 1) - Dr. Zaharuddin



Secara ringkasnya hasil daripada perbincangan Dr. Zaharuddin berkenaan topik " Sempurnakah Solat Ku" menerangkan bagaimana solat kita yang benar-benar di terima 100% oleh Allah S.W.T. berdasarkan beberapa dalil-dalil yang telah diterangkan dalam Al-Quran antaranya ialah 

Allah S.W.T berfirman :

"katakanlah wahai Muhammad S.A.W kepada hamba-hamba ku bagi mereka yang beriman hendaklah mereka mendirikan solat dan hendaklah mereka menafkahkan sebahagian daripada harta mereka yang telah direzkikan keatas mereka sama ada nafkah dan sedekah itu dilaksanakan secara terang ataupun secara tersembunyi sebelum datangnya suatu hari yang tidak ada lagi gunanya jual beli, sahabat andai yang dapat memberikan pertolongan"
(Surah Ibrahim ayat 31)

coretan kali ini bukanlah bermaksud solat ana adalah sempurna dan bukanlah juga solat Dr. Zaharuddin juga sempurna tetapi kita sama-samalah menasihati. Ad-din nasihah iaitu agama ini nasihat menasihati.

Allah banyak menceritakan berkenaan solat di dalam Al-Quran yang diperincikan oleh Rasulullah S.A.W.

Bagaimana kita akan sempurnakan solat?

menurut perbincangan di dalam slot ceramah Dr. Zaharuddin dibawah ialah

1. Solatlah dalam keadaan kamu berwudhuk


Allah S.W.T berfirman:

"Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian dari kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali dan jika kamu berjunub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air) atau dalam pelayaran atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu) yang bersih, iaitu: Sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Dia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur." - Al-Maidah:6 

dalam ayat ini telah menerangkan bahawa untuk mengerjakan solat hendahlah kita berwuduk dengan sempurna yakni dengan tertip yang telah disarankan oleh Rasulullah S.A.W. dibawah ini adalah berdasarkan ayat di atas:

a) membasuh muka 
b) kedua belah tangan kamu meliputi siku
c) sapulah sebahagian dari kepala kamu
d) dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali (gosok menggunakan tangan)

2. Pergerakan dalam solat kena betul

a) pergerakan tangan kena betul
b) pergerakan kaki kena betul
c) pergerakan tubuh kena betul

catatan : persoalan ketika dalam talian

1. tujuh anggota badan yang sujud ke tanah (ditempat sujud)

a) dahi dan hidung
b) tangan kanan
c) tangan kiri
d) lutut kanan
e) lutut kiri
f ) kaki kanan
g) kaki kiri

Rujukan :






No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...