Saturday 23 June 2012

Sunnah Rasulullah S.A.W Ketika Masuk & Keluar Rumah



Imam Nawawi berkata, "Digalakkan membaca Bismillah, memperbanyakkan membaca zikir dan memberi salam ketika masuk dan keluar rumah."

  • Berzikir ketika memasuki rumah berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W.:
إذا دَخَلَ الرَّجُلُ بَيْتَه فَذَكر الله عند دُخولِه وعند طَعامِهِ وقال الشّْيْطانُ لا مبيتَ لكم ولا عَشاءَ. وإذا دخل فلم يذْكُرِ الله عند دخولِه قال الشّيطانُ أَدْرَكْتُمُ الْمَبِيتَ. وإذا لم يَذكُرِ الله عند طعامِه قال أَدْرَكْتُمُ المبيتَ والعَشاءَ

“Apabila seseorang memasuki rumahnya lalu ia menyebut nama Allah ketika ia masuk dan ketika ia makan, syaitan akan berkata” tiada tempat untuk kamu menginap dan tiada tempa untuk kamu makan”. Jika ia masuk tanpa menyebut nama Allah, syaitan akan berkata,” Persilakan ini adalah tempat menginapmu,” dan jika ia tidak menyebut nama Allah ketika makan, syaitan akan berkata, “dipersilakan kamu menginap dan makan.”

(Direkodkan oleh Muslim)

  • Berdoa ketika masuk ke rumah :
  اللهم إني أَسْأَلُكَ خَيْرَ المَوْلج وخير المَخْرجِ بِسْم الله وَلَجْنا وبسم الله خَرَجْنا وعلى الله ربِّنا توكَّلْنا ثم لَيُسَلِّمَ على أهْلِه
“Ya Allah aku memohon daripadaMu sebaik-baik tempat masuk dan sebaik-baik tempat keluar, dengan nama Allah kami masuk dan dengan Allah kami keluar dan kepada Allah tuhan kami,kami bertawakkal kepadaNya.”

(diriwayatkan oleh Abu Daud)

Selepas membaca  doa ini beliau memberi salam kepada keluarganya.

  • Bersiwak, ini berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W.:
كان (ص) إذا دَخَلَ بيتَهُ بَدَأَ بِالسِّوَاكِ

“Rasulullah S.A.W apabila baginda memasuki rumahnya, baginda memulakan dengan bersugi.”

( diriwayatkan oleh Muslim)
  • Memberi salam. Allah berkata :

قال الله تعالى: فَإذا دَخَلْتُمْ بُيوتاً فَسلِّمُوا على أَنْفُسِكم تَحِيَّةً مِنْ عندِ الله مباركةً طَيِّبَة

“Apabila kamu memasuki rumah, hendaklah kamu memberi salam ke atas diri kamu sebagai penghormatan yang baik dan diberkati daripada Allah.”

( Surah An-Nur:61 )

Jika seseorang Muslim mengamalkan sunnah Rasulullah ini ketika memasuki rumah setiap kali selepas solat lima waktu di masjid, sudah pasti bilangan sunnah yang diamalkan adalah sebanyak 20 sunnah.

Doa yang dibaca ketika keluar rumah adalah :

بسم اللهِ تَوكَّلْتُ على اللهِ لا حَوْلَ ولا قُوَّةَ إلا بِاللهِ
“Dengan nama Allah, aku bertawakkal kepada Allah, tiada daya dan upaya melainkan Allah.”

Jika dibaca doa ini nescaya akan dicukupkan, dipelihara, diberi petunjuk dan dijauhkan daripada syaitan. 
(Petikan direkodkan oleh Tirmizi dah Abu Daud)

Seorang Muslim yang keluar rumah setiap kali untuk pergi ke masjid, pergi bekerja dan sebainya maka ia memperoleh ganjaran pahala yang banyak apabila mengamalkan sunnah-sunnah ini. Ia juga akan dicukupkan oleh Allah dari segala keperluan dan kepentingan dunia dan akhirat, dipelihara oleh Allah dari segala kejahatan dan perkara yang tidak diingini samada datangnya dari manusia atau jin serta akan diberi hidayah oleh Allah ke arah kebaikan dalam semua urusan agama dan duniawi.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...